Langgan

Polo Ralph Lauren Kekal Ikonik Dalam Koleksi Baharu

Koleksi musim luruh/sejuk 2025 meneruskan legasi American Dream, menggabungkan warisan klasik dengan sentuhan moden yang mencuri perhatian.
2 minit untuk membaca
Published: March 21, 2025
polo

Sejak kelahirannya pada tahun 1967, Polo Ralph Lauren telah membawa simbol asli American Dream, menawan hati golongan elit dengan sentuhan kemewahan yang abadi. Hari ini, jenama ikonik ini terus relevan, menarik minat generasi muda dengan estetik ekuestrian - gaya klasik yang kini menguasai pentas peragaan dan sedang tular di TikTok.

Fesyen ekuestrian bukan sekadar diinspirasikan daripada dunia berkuda, tetapi juga lambang keseimbangan antara keselesaan, kefungsian dan keanggunan yang sofistikated. Sebagai perintis dalam gaya preppy chic Amerika, Polo Ralph Lauren terus memperkukuh statusnya, membuktikan bahawa warisan jenamanya tidak pernah pudar.

Mereka terus mengorak langkah gemilang dalam dunia fesyen dan sukan, antaranya - menyediakan pakaian rasmi untuk Pasukan USA di Olimpik Paris 2024, mengekalkan status sebagai penaja utama Wimbledon dan U.S. Open 2024, serta membuka tirai New York Fashion Week dengan penuh prestij di estet ekuestrian Bridgehampton bagi koleksi Musim Bunga 2025. 

koleksi Polo Ralph Lauren wanita musim luruh/sejuk 2025

Seiring peralihan musim, kini tiba detik untuk mempersembahkan koleksi Polo Ralph Lauren wanita musim luruh/sejuk 2025! Koleksi ini menggabungkan gaya klasik bersama sentuhan moden. Daripada jahitan halus hingga pakaian sukan dinamik, setiap helaian mencerminkan kesederhanaan, kualiti dan keanggunan yang berkekalan.

polo ralph lauren

Diinspirasikan oleh gaya peribadi Ralph Lauren, koleksi ini memberi penekanan terhadap gaya lapisan serta kontras unik dalam rona monokromatik. Keunggulan fabrikasinya terserlah dalam seleksi tekstur mewah seperti tweed, korduroi, wool, kashmir, kulit dan kaitan tangan. Semuanya diterjemahkan dalam siluet menarik - kot camel Polo yang ikonik, kot trench, kot car, kot pea serta jaket aviator yang diolah semula. Tali leher yang hadir dalam pelbagai interpretasi pula memberi penghormatan kepada warisan jenama.

Melengkapi koleksi ini, aksesori tampil dengan sentuhan segar dan mewah. Beg Polo Play baharu hadir dalam reka bentuk moden, disempurnakan dengan material suede dan kulit berkualiti tinggi. Sementara itu, Polo ID dan Bellport memperkenalkan siluet serta saiz yang lebih versatil. Untuk kasut, Polo Ralph Lauren menghadirkan sneaker petinju, but moto, flat Mary Jane dalam baldu dan corak leopard, serta kasut driver daripada kulit asli Amerika. 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down