Langgan

Pilihan Tumit Tinggi Yang Lebih Selesa 

Untuk pemakaian sepanjang hari dan lebih mesra sakit!
2 minit untuk membaca
Published: January 21, 2025
Tumit tinggi

Bagi wanita, tumit tinggi adalah simbol keanggunan yang mampu mengangkat penampilan dengan sekelip mata dan memberi lonjakan keyakinan diri. Dan untuk kelihatan cantik memerlukan sedikit pengorbanan kerana kasut tumit tinggi boleh menyiksa kaki, terutama apabila dipakai dalam tempoh yang lama. Namun, bolehkan jika kita tampil menawan dengan tumit tinggi tanpa perlu mengorbankan keselesan kaki? Jawapannya adalah ya! Anda tidak perlu lagi menahan kesakitan untuk tampak cantik. ELLE mempersembahkan beberapa pilihan tumit tinggi yang mesra sakit khas buat semua wanita di luar sana.

1. Tumit Blok

Tumit blok adalah alternatif elegan untuk menggantikan stiletto dan dalam masa yang sama melengkapkan gaya preppy chic anda. Reka bentuk tumit yang lebih lebar memberikan kestabilan dan sokongan tambahan kepada kaki serta mengurangkan tekanan pada bahagian hadapan kaki. Ini menjadikannya sesuai untuk acara yang memerlukan banyak pergerakan atau berdiri sepanjang hari. 

2. Wedges

Reka bentuk kasut ini menampilkan tapak yang sangat tebal dan bersambung sepenuhnya dari hadapan hingga ke belakang. Ia memberikan sokongan yang rata dan berterusan untuk setiap langkah. Platfom tinggi pada wedges mampu menawarkan ketinggian tambahan sambil tidak meningkatkan kecuraman lengkungan pada kaki. Kasut ini merupakan pilihan yang paling stabil dan juga sangat selesa untuk aktiviti di luar atau dipakai dalam jangka masa panjang.

3. Kitten Heels

Kitten heels merupakan jenis kasut bertumit rendah, biasanya antara satu hingga dua inci. Ia dikenali dengan tumit tirus dan merupakan pilihan sempurna untuk wanita yang ingin kelihatan feminin. Reka bentuknya yang sederhana tetapi sofistikated menjadikannya sesuai untuk pelbagai acara, dari mesyuarat profesional hingga majlis formal. Dikenali dengan elemen klasik dan elegan, kasut ini sering dikaitkan dengan ikon fesyen seperti Audrey Hepburn dan Princess Diana. Kitten heels adalah pilihan ideal untuk pemula yang ingin mencuba kasut bertumit kerana ia menawarkan kestabilan yang lebih baik dan memudahkan pergerakan.

4. Mules

Mules merupakan tumit tinggi yang lebih rendah (walaupun ada mules yang bertumit tinggi) dengan reka bentuk belakang yang terbuka. Ia mudah untuk dipakai dan ditanggalkan, menjadikannya pilihan yang sangat praktikal dan berfungsi. Selain itu, reka bentuk belakang yang terbuka memberikan ruang untuk kaki bernafas dan mengurangkan risiko untuk melecet. Mules menawarkan penampilan yang lebih kasual namun tetap bergaya.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down