Langgan

Pilihan ELLE: Fesyen Ikonik Aina Abdul

Empat busana istimewa hasil kreatif pereka fesyen Malaysia yang khususnya melengkapkan pesona Aina Abdul!
2 minit untuk membaca
Published: November 24, 2024
Gambar: Instagram/ @ainaabdul.

Kebelakangan ini, saya amat teruja melihat perkembangan positif dalam industri fesyen tempatan. Para pereka fesyen semakin berani bereksperimentasi dengan konsep avant-garde yang bercampur elemen adi busana, mencabar norma tradisional fesyen di Malaysia. Avant-garde merupakan seni konseptual yang menampilkan rekaan luar biasa, melibatkan struktur atau teknik baharu. Rekaannya mungkin tidak praktikal dan sukar dipakai sebagai pakaian harian, kadangkala bertujuan menyampaikan mesej budaya atau sosial. Di Malaysia, kita melihat gaya ini mula diterima, terutama di kalangan selebriti dan ikon fesyen.

Contoh yang paling menyerlah ialah Aina Abdul, seorang selebriti yang terkenal dengan gaya unik dan berani di atas pentas. Penampilannya yang sering menolak sempadan konvensional telah membuka mata ramai orang terhadap kepelbagaian ekspresi dalam fesyen. Apa yang dahulunya dianggap luar kebiasaan kini menjadi fenomena dan lebih ramai selebriti tempatan mula tampil dengan busana yang berani serta mempesonakan, menandakan perubahan besar dalam industri fesyen Malaysia. Berikut adalah empat busana istimewa pilihan ELLE, hasil kreatif pereka fesyen Malaysia yang khususnya melengkapkan pesona Aina Abdul:

Melinda Looi

‘Tree of Life’ adalah konsep persembahan Aina, melambangkan simbolisme mendalam di sebalik lagu ‘Jangan Mati Rasa’ yang dipersembahkan di Anugerah Juara Lagu ke-38.

Wan and Mary

Busana bertemakan duyung ini dihasilkan dengan ratusan batu berlian dan labuci yang disulam tangan sepenuhnya. Dengan penggunaan fabrik sepanjang 100meter, busana ini dihasilkan khas buat konsert MPO.

Rizman Ruzaini

Busana ini mempunyai titik fokus yang terus pada bahagian atas baju: bulu- bulu gah dalam gradien hitam ke putih suci. Aina memakainya untuk ke KLFW 2024.

Hazs Hishaam

Busana serba putih untuk Separuh Akhir Muzik Muzik 38 ini direka dengan penuh glamor, seperti ratu ais. Dihiasi dengan labuci, manik dan batu berkilau berbentuk gua kristal pada bahagian torso atas terutama bahu dan pinggang.

*Baca artikel lengkap menerusi majalah ELLE isu November di pasaran. Kredit gambar dari Instagram/ @ainaabdul.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down