Langgan

Pilihan Editor : 5 Gaya UNIQLO S/S’2025 Melengkapi Jurnal Fesyen NYFW

Mendekati lima gaya Pilihan Editor : UNIQLO S/S'25 ketika di New York!
3 minit untuk membaca
Published: March 11, 2025

Gaya semi formal workwear, pengaruh athleisure, imej triple denim, gabung padan minima dan konsep utilitarian – lima stail UNIQLO Musim Bunga/Panas 2025 yang tersusun sebagai pilihan Pengarang Pengurusan, Ardi Idewani ketika berpergian ke kota New York, menghadiri Musim Minggu Fesyen New York atau NYFW!

Uniqlo

Jurnal gaya UNIQLO di New York

Cabaran : menggayakan UNIQLO Musim Bunga/Panas 2025 di kala cuaca yang teramat dingin di kota New York. Suhu dua darjah tidak menunda hasrat saya untuk mengatur sebarisan hidangan lima konsep penggayaan yang berbeza citra. Pilihan rencaman – daripada rangkaian LifeWear ke Denim, ke rangkaian Linen sehinggalah UNIQLO U – dipilih sebagai gabung padan utama dalam mencapai tema-tema yang cuba diketengahkan. 

Antara percubaan gaya yang cuba direalisasikan oleh saya adalah aturan preppy musim bunga inspirasi New Yorker, padanan denim yang berbeza tekstur, kontradiksi antara sut kerja dengan aspek yang bersifat kesukanan, monochromatic berteraskan athleisure dan konsep utilitarian yang praktikal untuk cuaca dingin.

Gaya 1 : Triple Denim

Penampilan utama yang menjadi highlight saya ketika menjadi undangan New York Fashion Week adalah susunan gaya triple denim – menyengajakan pemilihan tiga helaian denim yang berbeza tekstur. Sejujurnya, menggayakan triple denim untuk musim dingin adalah opsyen bijak kerana material denim sememangnya merintangi rasa sejuk itu. 

Uniqlo

Tiga helaian yang menjadi fokus : Wide Straight Jeans bersama Zip Up Blouson dan Denim Shirt.

Gaya 2 : Preppy Musim Bunga

Ilham gaya ini muncul daripada imej si lelaki New Yorker preppy. Gaya ini lebih bertumpu kepada dua aspek, sama ada untuk gaya kerja mahupun semi formal. Padanan jaket serta seluar (yang kedua-duanya berona krim) dibalas oleh kemeja berkolar Cuban lengan pendek yang dipakai di dalam. Kemeja ini bercorak jalur menegak, untuk menambah sedikit kontra warna.

Uniqlo

Tiga helaian yang menjadi fokus : Cotton Linen Shirt bersama Zip Up Blouson dan Pleated Wide Chino Pants.

Gaya 3 : Monokromatik Athleisure

Aturan gaya yang fun dan bersahaja. Aspek athleisure menjadi tumpuan dalam penggayaan ini, yang sememangnya sinonim dengan semangat anak muda New York. Ringkas sahaja rupanya – sekadar jaket trek bersama seluar trek yang hadir dalam rona sama, bagi membangkitkan imej monokrom sebadan. Apa lagi elemen yang membuatkan saya suka kedua-dua helaian ini adalah perincina kun alur pada bahagian tepi.

Uniqlo

Dua helaian yang menjadi fokus : Ultra Stretch Active Track Jacket dengan Ultra Stretch Active Track Pants.

Gaya 4 : Semangat Utilitarian

Konsep gaya ini lebih menjurus kepada aspek kefungsian. Apalagi cuaca dingin yang ‘menggigit’ kulit tubuh, lantas menguatkan faktor mengapa saya memilih jaket adang angin bagi merintangi rasa sejuk tersebut. Berpegang kepada kata kunci ‘utilitarian’, ia membenarkan saya bermain dengan kreativiti dari segi ceraian. Malah, seluar ini juga berteraskan kefungsian – yakni seluar paracut kargo yang dilengkapi poket tepi.

Tiga helaian yang menjadi fokus : Windproof Stand Blouson bersama Premium Linen Shirt dan Geared Pants

Gaya 5 : Seragam Semi Formal 

Sut dipadankan dengan jaket adang angin? Mengapa tidak! Percubaan gaya workwear atau formal ini dipertingkatkan konsepnya. Saya cuba untuk mengintegrasikan elemen sportswear bagi merai jati diri Americana yang sukakan gaya sporty. Kontradiksi dari segi rona serta corak – jaket adang angin berona hijau militari dengan sut bercorak houndstooth mikro – mencerminkan keberanian dalam percubaan gaya. 

Tiga helaian yang menjadi fokus : Miracle Air Jacket dengan Miracle Air Pants dan Windproof Stand Blouson

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down