Langgan

Pesona Gadis Heiress, Menggayakan Baju-Baju Panas Musim Luruh/Dingin 2024

Baju-baju panas of the season digayakan oleh is gadis yang mempesonakan imej seorang heiress
2 minit untuk membaca
Published: December 6, 2024

Alam rekaan baju panas mengawani alam gaya wanita yang beranalog dengan rupa si heiress. Menandingi dingin, biar rasa suam menggelimuni tubuh. Kelihatannya baju-baju panas musim luruh / dingin bukan sekadar bertekstur kaitan, pilihannya beragam-ragam. Susunan ropol, berupa kemeja polo sehinggalah yang penuh litir dengan cakera mini!

Lembaran fesyen kali ini mengatur gaya-gaya baju panas musim luruh/dingin 2024 dalam 'Jurnal Seorang Heiress'! Umpama sandiwara, ruangan ini mempersembahkan helaian-helaian baju panas yang hadir dalam pelbagai siluet dan bentuk. Penggayaannya tidak lagi berteraskan sifat tipikal, sebaliknya merangka kebezaan.

heiress

Ilustrasi Amerikana

Bersahaja dalam kenyamanan helaian baju panas longgar nipis dan skirt labuh berlisu, menyalin gaya kelab desa Barat

Baju panas, skirt dan kasut but daripada BURBERRY. Baju tiub dalam dan subang telinga milik penata gaya

heiress

Tarik Perhatian

Tekstur kaitan pada baju panas berbalas perincian ekstra seperti feathers? Mengangkat ekspresi kendiri, untuk melebihi yang lain.

Baju panas daripada FENDI. Blaus bertekstur bulu daripada FERRAGAMO. Gelang tangan, cincin dan rantai leher daripada PANDORA

heiress

Pesona Prairie

Baju panas tebal yang manis rupanya bertimbal elok dengan skirt kembang yang juga manis ronanya. Diilhami oleh wanita prairie, mencomelkan lagi gaya.

Baju panas dan skirt daripada COACH. Kemeja dalam daripada TOMMY HILFIGER. Subang telinga dan cincin daripada HABIB JEWELS. Kasut but daripada LONGCHAMP

heiress

Sporty and Rich

Pastel, sporty and posh! Imej yang berteraskan kesukanan memancarkan aura hangat tubuh.

Baju panas dan seluar pendek daripada LONGCHAMP. Cincin, gelang tangan dan subang telinga daripada HABIB JEWELS

heiress

Visual Ropol

Seakan-akan mengkhayalkan kita dengan mainan ilusi penuh satu badan, bangkit kelainan dalam gaya feminin.

Baju panas, skirt, subang telinga, cincin dan kasut daripada BOTTEGA VENETA

Mute Monochromatic

Curahan putih ‘memerciki’ keunikan pada perincian cakera mini, terlihat halimun mengusik pandangan.

Baju panas, skirt, beg tangan dan kasut but daripada LOUIS VUITTON. Subang telingat daripada BOTTEGA VENETA

Neoklasik

Segalanya klasik, namun kod dibarui… saat menyarung dress baju panas dengan kot trench yang seharmoni siluet.

Dress baju panas daripada TOMMY HILFIGER. Kot trench daripada COACH. Kasut but daripada BOTTEGA VENETA. Rantai leher dan subang telinga daripada BVLGARI

Sinergisme Rona

Sapuan kontrastif antara dua rona berlainan sifat mencerminkan kebaharuan yang dalam penggayaan baju panas.

Kardigan, baju dan skirt daripada PRADA. Coker dan subang telinga daripada BVLGARI

Polo-Sintesis

Berbaju polo kait bersama slek kemas menyepertikan gaya gadis tomboi. Kemas, rapi dan nampak… sajak!

Baju polo, jaket (atas kerusi) dan seluar daripada FENDI. Kasut but daripada BOTTEGA VENETA. Beg (atas kerusi) daripada LONGCHAMP

Si Revolusioner

Terdaya mahu mengubah penampilan. Bersahaja menyatukan perbandingan sifat dalam berfesyen, menguji keberanian. 

Bib berkolar kaitan dan dress jemeki daripada ONITSUKA TIGER. Baju ragbi daripada SUPERDRY. Kasut but daripada LONGCHAMP

Pengarang Pengurusan & Penataan Gaya : Ardi Idewani | Pembantu Penyelaras : Farah Sofea & Sri Azni Azran | Arahan Seni : Iera Nadzlim | Fotografi : Amani Azlin | Pembantu Studio : Saiful Azwan | Solekan : Alvin Loh | Dandanan : VV Chan menggunakan Shiseido Professional | Model : A'lliah A'kasyah | Lokasi : The Writer's Room, The Majestic Hotel KL

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down