Langgan

Pertemuan Eksklusif : Dengan Jung Sung-il Di Piquadro, TRX!

Jung Sung-il secara ekskluif bertemu peminat di Kuala Lumpur!
2 minit untuk membaca
Published: May 18, 2025

Hingar-bingar jadinya di The Exchange TRX, Kuala Lumpur sebaik sahaja pelakon Korea, Jung Sung-il menginjakkan kakinya ke butik Piquadro. Peminat-peminat berhimpun, tanda dukungan mereka buat Jung Sung-il. Kemunculan khas ini disusun atur oleh The Melium Group, bersama-sama jenama Piquadro yang menandakan kunjungan pertama kali Jung Sung-il ke Kuala Lumpur!

jung sung-il

Jung Sung-il disunting menjadi duta global Piquadro dan pemilihan ini adalah berasaskan kesebatian imejnya dengan imej tersebut – yang mementingkan aspek inovasi, rekaan berunsurkan Itali dan mobiliti pintar. Sosok Jung Sung-il menghiasi setiap kempen utama Piquadro yang memvisualkan sebuah naratif, yang menggambarkan Jung Sung-il di seting yang kelihatan peribadi dan pada masa yang sama menyatakan sifat profesional. Citra yang mencerminkan karakter distingtif Piquadro. Penggambaran ini dihasilkan di Seoul, Korea, lantas mencadangkan keaslian pada perencanaan kempen tersebut. 

BORAK FESYEN… Bersama Jung Sung-il

jung sung-il

Anda ke Malaysia, mewajahi jenama Piquadro. Apa yang membuatkan momen ini cukup istimewa buat anda?

Mengenang kembali perjalanan saya bersama jenama Piquadro, ia bukan hanya sekadarkan cuma kolaborasi sahaja. Ia bertunas menjadi perhubungan yang jauh lebih bermakna. Saya teruja kerana bisa mempersembahkan satu jenama yang menerbitkan perpaduan antara rekaan Itali yang sofistikated dengan kepraktisan di Malaysia. 

Apa yang mendorong anda untuk berkolaborasi dengan Piquadro, yang menyenangi kita dengan aspek inovasi, teknologi dan kefungsian?

Saya adalah seorang yang sentiasa on-the-move. Lantas, saya memerlukan produk-produk yang punya dua aspek dalam satu. Yakni stail serta kefungsian. Piquadro adalah satu-satunya jenama yang bijak dalam menyerasikan kedua-dua itu. Cerminan esen stail rekaan beridentitikan sifat Itali dengan kepraktisan dan ada adunan kehalusan elegan.

jung sung-il

Item Piquadro yang anda tidak akan lupa bawa bersama ketika merantau jauh?

Beg sandang Blue Square yang kini sudah menjadi essential item saya. Segala apa yang terlihat pada rekaan beg tersebut – clean lines, material premium serta rekaannya yang berteraskan sifat Itali – menjadikan ia sebagai item mesti dibawa kala merantau jauh. Kapasiti beg itu juga ideal, excellent storage dan hal-hal ini menguatkan lagi faktor mengapa beg sandang Blue Square adalah kegemaran saya. 

Sebagai seorang yang suka merantau, anda seorang city person atau suka mengembara ke lokasi bukan konvensional? Anda suka travel light? 

Saya suka menerokai hidden gems. Maka, jika merantau, saya lebih ke arah lokasi yang dikira bukan konvensional. Namun, saya juga sering bercuti ke kota-kota besar kerana mahu mencari inspirasi. Menjawab pertanyaan anda tentang travel light, ya, saya memang suka travel light. Atas sebab itulah, Piquadro adalah pilihan saya kerana produk-produknya menampilkan mobility pintar. 

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down