Langgan

Perayaan Fesyen, Kuasa dan Identiti: G2000 x Tudung Fazura

Be Bold, Be Seen!
2 minit untuk membaca
Published: March 6, 2025
fazura
Fazura

Apabila tampilan profesional bertemu dengan sentuhan anggun nan sopan, maka terhasil sebuah kolaborasi eksklusif antara G2000 dan tudung Fazura. Jika namanya masih asing bagi anda, tudung Fazura merupakan jenama milik ikon fesyen serta usahawan selebriti, Nur Fazura Sharifuddin. Kerjasama ini dilancarkan secara rasmi di butik G2000, The Exchange TRX pada 27 Februari yang lalu.

G2000 x Fazura
Koleksi G2000 x Tudung Fazura

Koleksi tudung Suave Black Label ditampilkan dengan megah seiring dengan himpunan G2000 musim bunga/panas 2025. Gabungan ini seakan melakar era baru buat gaya profesional, menonjolkan fleksibiliti, membakar keyakinan dan menaikkan ekspresi diri ke tahap lebih tinggi. Kolaborasi ini lahir daripada satu visi yang dikongsi bersama: ‘Penentuan semula busana kerja dengan menggabungkan keanggunan fesyen ke dalam almari pakaian profesional’.

G2000 terus mengukuhkan reputasinya sebagai peneraju yang menghasilkan pakaian kerja bersiluet rapi dengan kemasan jahitan unggul. Manakala tudung Fazura pula membawa simbol keanggunan moden. Kedua-dua jenama berpengaruh ini mencipta ruang buat wanita bekerjaya untuk tampil selesa, berkeyakinan dan bergaya! Meskipun tudung sering dikaitkan dengan wanita, namun koleksi Suave Black Label boleh digayakan oleh sesiapa menerusi pelbagai gaya.

“Saya mahu semua yang menggayakan helaian dari koleksi Suave Black Label merasa yakin dan selesa dalam menyatakan pandangan mereka berkaitan fesyen profesional. Dapat digayakan mudah dengan koleksi Be Bold, Be Seen G2000, tudung ini merupakan kombinasi terbaik untuk mengangkat kualiti dalam almari pakaian profesional anda” kata Fazura.

tudung fazura
Koleksi Suave Black Label

Koleksi Suave Black Label hadir dengan 10 rekaan selendang dalam rona lembut dan elegan, direka daripada fabrik satin matte. Mengiringinya, koleksi G2000, 'Be Bold, Be Seen' musim bunga/panas 2025 berinspirasikan nautika, membawa elemen segar dalam tampilan profesional. Hijau laut, pasir neutral dan biru akuatik antara rona yang diterjemahkan dalam potongan bersih dan siluet moden. Jelas, koleksi ini mencipta keseimbangan sempurna dari ruang mesyuarat ke acara sosial.

arisa soraya, nina ariff and tisya ong
Dari kiri: Arisa Soraya, Nina Ariff and Tisya Ong
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down