Langgan

Penampilan Busana Terbaik di MTV VMAs 2024

10 gaya terbaik carpet merah pilihan ELLE
2 minit untuk membaca
Published: September 15, 2024

Anugerah MTV Video Music Awards 2024 (VMAs) yang berlangsung di UBS Arena, New York pada 11 September ini menyaksikan kehadiran bintang-bintang muzik serta ikon industri hiburan. Acara yang penuh berprestij ini tidak hanya meraikan karya seni muzik terbaik, malah turut menjadi pentas peragaan fesyen yang unik dan menarik.

Seperti biasa, karpet merah menjadi medan selebriti untuk mempamerkan fesyen unik yang tersendiri. Pada tahun lalu, Cardi B, Madelyn Cline, Selena Gomez dan Olivia Rodrigo antara nama yang tersenarai bagi penampilan terbaik pada malam itu. Namun, untuk tahun ini, terdapat nama-nama baru yang tampil memberi kelainan dalam sentuhan fesyen yang menyegarkan.

Bukan itu sahaja, Taylor Swift mendominasi malam itu dengan memenangi 5 anugerah, termasuk Video of the Year untuk lagu Fortnight. Kemenangan ini telah mengukir sejarah baru buat Taylor, menjadikannya sebagai penyanyi dengan jumlah trofi VMA terbanyak iaitu 30 anugerah secara keseluruhan. Jelas, Taylor mempunyai pengaruh besar dalam industri muzik global.

Tanpa berlengah lagi, mari kita lihat penampilan busana terbaik pada malam penuh gemilang ini.

Sabrina Carpenter

1. Sabrina Carpenter

Sabrina Carpenter memancarkan keanggunan klasik Hollywood dalam gaun vintaj Bob Mackie, yang pernah dipakai Madonna di Anugerah Oscar 1991. 

MTV VMAs 2024
Gambar: Instagram/ @elleusa

2. Megan Thee Stallion

Megan Thee Stallion tampil dalam korset hitam Nicole + Felicia bersama skirt tulle dramatik yang diikat pada bahagian lututnya, digayakan dengan potongan rambut bob pendek yang elegan.

Taylor Swift
Gambar: Instagram/ @ellethailandofficial

3. Taylor Swift

Taylor Swift memakai set tartan kuning dan hitam dari Dior, menampilkan korset berzip dan skirt di atas seluar pendek hitam. Gaya ini disempurnakan bersama but paras paha, sarung tangan kulit, dan perhiasan Lorraine Schwartz.

MTV VMAs 2024
Gambar: Instagram/ @sukiwaterhouse

4. Suki Waterhouse

Suki Waterhouse tampil memikat dalam gaun Dolce & Gabbana yang serba hitam. Skirt potongan lurus dan jaket berbulu ini dipadankan dengan kasut tumit tinggi hitam dan perhiasan Tiffany & Co.

MTV VMAs 2024
Gambar: Instagram/ @tonywardcouture

5. Camila Cabello 

Camila Cabello membawa gaya pengantin gothic dalam gaun renda hitam telus oleh Tony Ward Couture dipadankan bersama veil paras lutut.

Lisa
Gambar: Instagram/ @ellethailandofficial

6. Lisa 

Lisa menonjol dengan rekaan khas Mugler yang menampilkan korset dengan struktur tajam, bersama kain menutup kepala yang disambungkan dengan sarung tangan panjang.

MTV VMAs 2024
Gambar: Instagram/ @dara._

7. Addison Rae 

Addison Rae tampil berani dengan hanya memakai pakaian dalam satin oleh Miss Claire Sullivan dan digayakan DARA. Pakaiannya dihiasi dengan bulu burung pada bra dan skirt tutu pada bahagian belakang. 

MTV VMAs 2024

8. Tate McRae

Tate McRae menghidupkan semula penampilan ikonik Britney Spears 2001 di VMAs 2024 dengan gaun renda hitam telus oleh Roberto Cavalli. 

MTV VMAs 2024
Gambar: Instagram/ @genesiswbb

9. Chappell Roan 

Chappell Roan memancarkan aura ratu pahlawan zaman pertengahan dalam koleksi Y/Project musim luruh/dingin 2024, dengan gaun organdi yang disarung jubah dramatik, kuku berperisai, dan pedang yang melengkapkan penampilannya

MTV VMAs 2024
Gambar: Instagram: @katyperry

10. Katy Perry 

Katy Perry tampil mengenakan bra top putih sebelah bahu yang terkoyak secara artistik dan dipadankan dengan skirt maxi sama padan dari jenama Who Decides War.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down