Setiap ahli kumpulan Blackpink merupakan ikon fesyen masa kini tidak terkecuali Jennie.
Sebagai wajah global buat jenama gah seperti Chanel dan Calvin Klien, gaya penyanyi
Korea Selatan ini sering mendapat perhatian ramai. Kerap kali dilihat menggayakan paduan
label mewah dan gaya jalanan , Jennie selesa membawa kombinasi gaya chic dan tomboi.
Gaya Jennie ibarat rendisi moden kepada watak ikonik Blair Waldorf dari siri Gossip Girl.
Kami paparkan gaya-gaya menarik Jennie dan di mana untuk beli apa yang dipakai.
Kemeja T mini
"She wears shirt skirts and T-shirts". Tapi dalam kes Jennie, dia memilih kemeja T mini
dengan corak yang comel. Dipadankan pula dengan celana denim bersaiz besar atau skirt.
Mudah, ringkas tetapi tetap bergaya!
T-shirt Symbiosis, Attends
T-shirt Baby Dog, Attends
Jaket tweed
Jaket tweed adalah item kegemaran sepanjang zaman untuk mereka yang ingin kelihatan
chic. Boleh dipakai bersama seluar atau bersama gaun hitam pendek. Untuk Jennie
semestinya jaket tweed dari rumah fesyen, Chanel menjadi pilihan.
Jaket Tweed, Chanel
Jaket Tweed, Chanel
Beg bahu bersaiz besar
Bila anda sering kembara sekeliling dunia, anda memerlukan beg yang muat untuk mengisi
semua benda yang ingin dibawa ke mana-mana. Jennie kerap dilihat menggalas beg
sandang bahu bersaiz besar yang 'trendy' versatil dan mampu memuatkan segala
keperluannya.
Bag Hobo Drop Saiz Besar, Bottega Veneta
Bag Tote Bethel Chain, Charles & Keith
Bag Silang Quilted, COS
Fabrik nipis lutsinar
Pemakaian gaun yang dibuat menggunakan material fabrik nipis dan jarang pastinya
menyerlahkan aura sensual dan menjadi perhatian ramai. Begitu juga dengan Jennie yang
memilih gaun hitam pendek fabrik nipis dan jarang dari Christopher Eber yang
menyerlahkan potongan bentuk tubuhnya yang hebat dan seksi.
Dress Satin-Silk Berpanel, Givenchy
Dress Tulle Hitam, Dolce & Gabanna
Celana potongan wide leg
Celana berpotongan 'wide-leg' sememangnya menjadi kegemaran ramai tidak kira bentuk
tubuh. Begitu juga dengan Jennie yang sering dilihat memakai celana ini yang dipadankan
dengan kemeja-t dan jaket vest ketika dia tidak bekerja.
Seluar Baldu Wide-Leg, Chloe
Seluar Kasmir, Chanel
Seluar Austyn, Leset
Corak gingham
Fabrik bercorak 'gingham' adalah pilihat sempurna untuk kelihatan manis dan lembut tidak
kira apa sahaja musim. Jennie turut gemar memakai pakaian bercorak 'gingham' yang
menyerlahkan aura versatilnya. Gaun Hitam-putih dan merah-putih pernah dilihat membaluti
tubuhnya.
Dress Mini, Alaรฏa
Blaus Sutera, Alaรฏa
Mary Janes
Siapa Mary Jane? Kami hanya mengenali Jennie Ruby Jane. Jennie telah dilihat memakai
sepatu leper ini dan paling terbaru dalam kempen Jacquemus.
Kasut Mary Jane, Charles & Keith
Kasut Ballet, Massimo Duit
Artikel dari ELLE Singapore.