Langgan

NMIXX Mencurah Tenaga Idols Dalam Kempen Baharu GUESS

NMIXX adalah wajah baru kempen GUESS music bunga 2025!
2 minit untuk membaca
Published: May 28, 2025
nmixx

Memerihalkan wawasan masa hadapan. Aspek futuristik berskala besar… berideologi dengan persada idola muzik. Intepretasi ini berfokus kepada rangkaian klasik yang menjadi signifikan buat jenama GUESS, yakni denim. Lantas untuk mendekati lingkungan ini, GUESS tidak alang-alangan dalam merealisasikan perihal kempen baharunya dan memilih kumpulan K-pop, NMIXX sebagai wajah utama. 

Dimensi dunia kempen musim musim bunga 2025 GUESS kali ini mencungkil sinergi yang terbentuk daripada tenaga GUESS dengan tenaga kumpulan K-pop, NMIXX. Menjajarkan erti perpaduan yang positif, gabung padan antara GUESS dan NMIXX mendatangkan jaya dengan mengekspresikan visi fesyen unik masing-masing, namun saling melengkapi. Konsepnya berbeza, namun bersebati bila dipertemukan. 

Berbicara fasal konsep utama, GUESS ‘bercanda’ dengan gagasan intepretasi masa hadapan rangkaian denim ikonik. Apa yang ditampilkan pada pandangan audiens adalah visual yang menyatukan warna trend tahun ini, yakni mocha mousse dengan sentuhan biru denim. Dan bagi menyempurnakan atmosfera futuristik itu, objek cermin reflektif menjadi padanan. 

Denim dengan tekstur rona kelabu luntur – yang baru diperkenalkan oleh GUESS – brserta rangkaian denim pudar ditampilkan. Sebarisan rangkaian ini dicocokkan lagi dengan atribut NMIXX yang high energy dan penuh karisma, lalu memperhebat keseluruhan konsep. 

nmixx

Melewatkan lagi bicara kempen GUESS x NMIXX, konsep yang dipersembahkan menonjolkan Sullyoon dan Kyujin bergaya dengan siluet beg tangan most coveted GUESS untuk musim bunga. Sullyoon mencerminkan bancuhan sifat elegan dan semangat muda, dimadukan bersama beg Arnela yang berbentuk hati seraya menyarung kemeja T tanpa lengan bagi menjelmakan citra gaya kasual. Berbanding dengan Kyujin yang lebih terhala kepada nada gaya moden, edgy, bersama padanan beg boling Gen. Kyujin terlihat mengenakan helaian sheer berona biru untuk menterjemahkan semangat gaya kontemporari. 

nmixx

Konsep kedua tidaklah mengikis perbezaan besar. Sisi NMIXX yang playful serta kelihatan santai diteruskan, namun ia digarap dalam estetika ilham klasik ‘GUESS GIRL’. Konsep ini meneropong detik hari-hari NMIXX yang acuh tak acuh dan berwarna-warni. Himpunan yang dipakai oleh NMIXX mengatur rangka gaya harian yang menyirnakan keseriusan dan stylish. Seperti seluar denim pendek Bermuda, set kemeja T berlengan pendek serta kemeja berjalur pique.  

Pemilihan NMIXX sebagai wajah kempen GUESS beralas – sealiran senada dengan kehendak atau kemahuan gen Z dan mereka dilihat sebagai figura-figura yang mendefinisikan semula fesyen serta budaya. 

nmixx
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down