Langgan

ELLE Suka Lokal Apresiasi Beg Lokal & Bual Bersama Nik Erwan, Pengasas Nawre Bag

Menemu bual Nik Erwan Roseli, pengasas beg 'oversized' Nawre.
2 minit untuk membaca
Published: November 28, 2025

Saat melihat Hael Husaini menjinjit beg tangan yang besar, berisi segala keperluannya ketika dia hadir ke studio hari itu membuatkan pandangan khalayak tak teralih. Tercungkil rasa keingintahuan tinggi untuk bertanya terus kepada Hael, “Beg daripada jenama apa?” Jawab Hael, “Beg Nawre.” Kapasiti beg Nawre itu sangat luas. Bagai boleh tersimpan semua ‘rahsia hidup’ di dalamnya.

nawre

More than a bag. It’s a statement. Rekaan ‘makro’ yang sebegitu besar tidak berjarak jauh di antara sifat praktikal dan siluetnya yang tidak bertanggal tarikh luput, lantas menjadikan beg Nawre ini mudah untuk digayakan. Tanpa mengira apa occasion, sama ada untuk pergi kerja, bersenang-senang hujung minggu, berkelana jauh mahupun ke kampus, tiada wujud persempadanan dalam hal penggayaannya. Hal yang kedua adalah, ia adalah jenama lokal! Sesuatu yang sangat membanggakan.

Bila ditanya apa gambaran tepat beg Nawre, jelas Nik Erwan Roseli (pengasas jenama Nawre), “Effortlessly bold. Unik, moden dan ada sentuhan lokal yang menggugah kejatian Malaysia.” ELLE Suka Lokal kali ini mendekati Nik Erwan, untuk mengenali jenamanya.

Temu Bual Bersama Nik Erwan, Pengasas Nawre

Apakah faktor yang mendorong anda untuk memulakan Nawre?

Nik Erwan : Terdorong dalam jiwa saya untuk mencipta everyday bag yang punya stail, berteraskan kefungsian dan sememangnya dibuat di Malaysia. Hal yang mencetus idea ini bertunas daripada kerumitan saya mencari beg tote yang muat segala barang atau keperluan, namun masih nampak stylish pada pandangan. 

Ada jurang dari aspek pasaran aksesori atau beg jenama Malaysia yang membuatkan anda mahu ‘merapatkan jurang’ tersebut?

Seperti yang sudah dijelaskan awal tadi, ya. Ada jurang itu. Practical yet statement-making bags tidak ada lagi. Terutamanya satu beg yang mudah digunakan untuk semuanya – sama ada untuk pergi kerja, merantau atau kegunaan harian. Lantas, saya tidak berlama-lama untuk menghasilkan rekaan yang ada inovasi sebegitu.

Siluet yang sebegitu besar menjadi identiti jenama anda? 

Betul. Rekaan yang besar itu datangnya daripada real-life needs. Apalagi zaman sekarang, terbukti yang kita semua senantiasa membawa barang rencaman. Kendatipun begitu, ia tidak menyempit penggayaan. Makanya saya mahu mencipta beg yang membancuh kedua-dua hal tersebut dan munculnya rekaan oversized ini. 

Mesej yang bagaimana anda mahu sampaikan menerusi jenama beg anda, contohnya di kalangan pembeli?

Keyakinan dan semangat keindividuan. Ia dicipta khusus untuk mereka yang tidak gentar untuk menyerlah, namun pada masa yang sama mereka juga adalah orang organized. 

nawre

Bagaimana pula dengan gaya hidup orang yang menjinjit beg Nawre?

Saya mereka beg Nawre untuk gerombolan go-getters. Saya membayangkan mereka yang menjinjit beg Nawre datangnya daripada pelbagai latar belakang atau profil. Baik orang-orang kreatif, individu yang selalu merantau mahupun pencinta fesyen atau golongan ibu-ibu. Beg Nawre adalah untuk semua!

Hael Husaini antara yang memiliki beg ini. Dan setelah melihat dia menjinjit beg Nawre, dia berjaya menarik perhatian orang sekelilingnya.

Sejujurnya, saya tidak menyangka dan saya sangat bersyukur kerana Hael Husaini menyokong jenama saya. Melihat Hael menjinjit beg Nawre dengan penuh keyakinan membuatkan saya rasa bangga kerana mampu melihat jenama lokal didukung kuat oleh figura-figura ternama.

Apakah perancangan seterusnya untuk jenama ini?

Kami bercadang untuk bekerjasama dengan ikon-ikon lokal dan pereka-pereka aksesori Malaysia untuk mengeluarkan rekaan beg-beg unik. Perancangan adalah untuk memperluas lagi pasaran serta produk, agar jenama Nawre akan berkembang menjadi sebuha jenama gaya hidup. Lebih sekadar jenama fesyen.

nawre

ADVERTISEMENT
Topics:
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down