Beberapa hari lepas, kita didorong oleh algoritma Met Gala dan meladeni suapan-suapan cuitan apa yang bakal memaniskan pandangan kita pada hari Isnin pertama dalam bulan Mei ini. Tema black dandyism mengkaji diaspora gagasan fesyen masyarakat berkulit hitam yang berevolusi dengan citra ‘dandy’ yang dikaitkan dengan garis masa abad ke-18. Ketrampilan yang bertunas menjadi gambaran flamboyant dari aspek ruang lingkup penggayaan maksima (dari kepala sehingga ke kaki) yang tidak berkesudahan menjadi budaya terpenting bangsa kulit hitam.

Menyaingi tema dandy untuk Met Gala tahun 2025 – yakni ‘Supefine : Tailoring Black Style’, selebriti-selebriti dan personaliti-personaliti ternama berdialog dengan tema ini, menyemak perhubungan menerusi bentuk, siluet, teknik, fabrik dan seumpamanya. Ada pereka-pereka fesyen yang mengadaptasikan akar umbi sifat dandy ini, menyalin sebiji-sebiji siluet dandy sebenar seperti siluet sut dengan lapisan pakaian, perhiasan ostentatious dan aksesori tambahan. Ada juga yang ubah, sekadarkan cuma menjiwai pengertian dandy dan mengutip konsep sahaja.
Contohnya Teyana Taylor yang tidak alang-alangan menjelmakan fesyen dandy di Met Gala. Menugasi pereka kostum, Ruth E. Carter menghasilkan zoot suit berjalur yang memimik gaya sapeurs. Top hat, butiran bulu, siluet mantel dan segalanya apa yang menjurus kepada konsep dandy meronai fesyen Teyana. Teyana dan Ruth mengambil peluang ini untuk mempamerkan momen bangga mereka dengan tema yang dekat pada hati. Sama juga dengan Lewis Hamilton (selaku co-chairs Met Gala tahun ini) yang berkolaborasi dengan Graces Wales Bonner untuk menggarap gaya yang memvisualkan kesejarahan dandy. Berona putih gading, dengan potongan sut singkat serta seluar tuksedo yang secara ringkasnya mahu melambangkan suatu status.

Selebriti-selebriti wanita lain pula mencedok kehomogenan sifat dandy pada rekaan pakaian feminin. Seperti Zoe Saldana yang terlihat seakan memahami ap aitu dandyism, namun olahannya adalah siluet wanita. Janelle Monae, Emma Chamberlain dan Hunter Schafer turut menerokai citra sebegini dan mereka berkeupayaan mentafsirkan ia serupa naratif pada penggayaan wanita.
Siapa di antara selebriti-selebriti ini yang memahami tema?













