Langgan

 #LongchampLiveGreen Untuk Gadis Desa

Le Roseau menyemarakkan semangat ‘Live Green’ dengan rekaan musim panas yang diinspirasikan oleh alam semula jadi.
2 minit untuk membaca
Published: February 9, 2025
Longchamp

Sejak diperkenalkan pada tahun 1993, beg Le Roseau daripada Longchamp telah melalui perjalanan panjang yang dipenuhi dengan transformasi dan penyesuaian. Namanya, yang berasal daripada bahasa Perancis, membawa makna "buluh" – sejenis tumbuhan tinggi dan langsing yang tumbuh di dalam hutan tropika yang lembap. Seperti buluh, beg ini mengekspresikan sifat semula jadi yang lentur, namun teguh. Ia melambangkan kemampuannya untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai gaya, musim atau trend, namun tidak pernah patah menghadapi angin perubahan fesyen.

Musim ini, ia bukan sekadar sebuah aksesori yang dihiasi dengan penutup logam berbentuk buluh, tetapi merupakan kehalusan seni yang merangkumi semangat hidup "Live Green". Ia membawa kita merasai keindahan dan ketenangan alam semula jadi di kawasan luar bandar. Dari corak gingham, denim bersulamkan bunga, hingga material kulit lembut yang membawa rona-rona seperti halia dan kulit pokok, setiap elemen diinspirasikan daripada alam semula jadi.

Selain itu, reka bentuknya sesuai bagi mereka yang mencari keseimbangan antara kehidupan moden dan keindahan semula jadi. Bayangkan, seorang penduduk kota yang melangkah keluar daripada kesibukan bandar menuju ke tempat yang lebih sunyi dan damai di desa. Beg tote XL Le Roseau mampu memuatkan segala keperluan untuk perjalanan yang panjang tanpa perlu menukar beg. Sempurna sebagai teman yang praktikal dan serba boleh!

#Longchamplivegreen

Sementara itu, bagi mereka yang mengutamakan kesederhanaan, beg silang badan yang baharu ini menawarkan kebebasan bergerak dengan rekaannya yang ringan dan mudah dibawa. Dan sebagai penyempurnaan terakhir, beg-beg ini dihiasi dengan penutup buluh dalam rona emas pucat yang elegan. Love it! Dari musim ke musim, Le Roseau kekal menemani dan melengkapi wanita Longchamp. Antara wanita yang memilihnya termasuk Zoe Saldaña, Suki Waterhouse, serta duta Longchamp dari Korea dan China, Kim Se-jeong dan Li Yitong.

Zoe Saldaña

zoe saldana
Gambar: Instagram/ @thegardensmallmy

Suki Waterhouse

suki waterhouse
Gambar: Instagram/ @thegardensmallmy

Li Yitong

li yitong
Gambar: Instagram/ @thegardensmallmy
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down