Langgan

Gaya Selebriti dalam Levi’s® di Coachella 2026

Effortless, timeless, Levi’s®.
1 minit untuk membaca
Published: April 21, 2026

Ada sesuatu tentang Coachella yang sentiasa terasa seperti kapsul masa di mana trend lama dihidupkan semula, tetapi dengan perspektif baharu yang lebih berani. Tahun ini, naratif itu ditulis dalam satu fabrik: denim. Levi's muncul bukan sekadar sebagai pilihan gaya, tetapi sebagai simbol kebebasan berekspresi.

Kendall Jenner memilih pendekatan lebih effortless, seluar pendek Levi’s® vintaj yang dilipat, dipadankan dengan helaian asas yang memberi ruang kepada siluet untuk “bernafas”. Ia tidak tampak try hard, dan itulah daya tarikannya: effortless, lived-in, nyata.

Kemudian muncul Kylie Jenner. Versi yang lebih eksperimental. Dari potongan klasik hingga rekaan yang lebih dekonstruktif, setiap penampilannya terasa seperti permainan antara struktur dan kebebasan. Seolah-olah denim bukan lagi sekadar pakaian, tetapi kanvas.

Rosé dari BLACKPINK membawa naratif yang lebih lembut di mana Levi’s® menjadi asas kepada gaya yang tenang, mengalir, dan understated. Bukti bahawa kekuatan tidak semestinya lantang.

Namun, cerita sebenar berlaku di atas pentas, apabila fesyen bergerak seiring muzik. Bia mengubah denim menjadi pernyataan dengan rekaan upcycled yang tajam dan berani. Penari-penari di belakangnya pula menghidupkan semula potongan longgar dan oversized, mengingatkan kita bahawa siluet juga mempunyai ritma tersendiri.

Di set PinkPantheress, layer demi layer Levi’s® mencipta dimensi visual yang dramatik, hampir seperti kostum yang bercerita. Manakala band seperti The Strokes dan Hot Mulligan kembali kepada akar yang kasar, mentah, dan autentik menjadikan denim sebagai bahasa universal mereka.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down