
Di tengah-tengah ruang kreatif GMBB, Levi’s® mengubah The Grey Box menjadi destinasi yang meraikan denim dalam cara yang jauh lebih artistik. Berlangsung selama dua hari, Levi’s® Blue Tab™ Exhibit terasa seperti memasuki galeri seni kontemporari, di mana setiap helaian denim dipersembahkan seperti karya arca dengan kisah tersendiri.
Sejak melangkah masuk, tetamu disambut dengan ruang imersif yang membawa DNA Levi’s® ke tahap lebih elevated. Daripada pencahayaan dramatik, paparan fabrik premium, sehingga rujukan arkib yang mendedahkan proses di sebalik setiap rekaan, setiap sudut mengajak pengunjung melihat denim bukan hanya sebagai wardrobe staple, tetapi sebagai satu bentuk craftsmanship.
Apabila Denim Bertemu Identiti Malaysia

Antara tarikan paling mencuri perhatian ialah installation khas Phynn Studio bertajuk Roots of Connection. Kolektif kreatif tempatan itu mentafsir semula meja lipat dan kerusi plastik, objek yang begitu dekat dengan budaya Malaysia melalui material denim Levi’s®.
Inspirasi daripada suasana kopitiam, gerai tepi jalan dan restoran mamak menjadikan karya ini terasa sangat dekat dengan memori kolektif kita. Ia bukan sahaja artistik, tetapi juga menghidupkan rasa nostalgia yang membuat ramai tetamu berhenti lebih lama untuk menghayatinya.
Dari Runway Ke Editorial Studio
Pengalaman di Blue Tab™ Exhibit tidak berhenti pada installation seni. Levi’s® turut membawa pengunjung menyelami dunia denim melalui beberapa aktivasi interaktif, daripada demonstrasi penjagaan denim, sesi tailoring eksklusif, hinggalah ruang editorial studio yang memberi rasa seperti berada di set penggambaran fesyen.
Kemuncaknya sudah tentu persembahan runway eksklusif yang memperlihatkan interpretasi moden Levi’s® terhadap denim premium. Siluet yang lebih sculptural, potongan yang kemas, dan sentuhan inspirasi kimono memberi nafas baharu kepada identiti denim klasik.
Koleksi Blue Tab™: Denim Dalam Versi Paling Elevated
Selepas menyelami keseluruhan pengalaman, barulah koleksi Levi’s® Blue Tab™ benar-benar memberi impak. Koleksi Spring/Summer 2026 ini mengetengahkan pendekatan reconstructed classics—mengolah semula potongan denim vintaj menjadi sesuatu yang lebih moden, sofistikated, dan wearable.
Menggunakan denim Jepun premium serta material mewah seperti campuran sutera, setiap helaian direka untuk wanita moden yang mahukan sesuatu yang timeless tetapi tetap statement. Potongan jaket, shacket dan set denim yang lebih ringan menjadikan koleksi ini ideal untuk musim panas, sambil mengekalkan signature craftsmanship yang sinonim dengan Levi’s®.






