Langgan

Lepak Di Louis Vuitton Jika Berpeluang Ke London Musim Percutian Ini!

Terbang lebih daripada 6,000 batu dari Kuala Lumpur ke London dan kemudiannya melepaskan lelah di kafe baharu Louis Vuitton di Terminal 2 London Heathrow.
2 minit untuk membaca
Published: October 21, 2024

Louis Vuitton membuka butik serta kafe terbarunya yang menyatukan buana travel dengan budaya! The vibe is vibing, kan?

Louis Vuitton

Empat tahun lalu, Louis Vuitton bersahabat dengan hospitaliti. Menyempurnakan aspek savoir-faire dan gaya hidup jenama, Louis Vuitton merealisasikan ia menerusi binaan 20 restoran, kafe, butik coklat serta ruang santai lapangan terbang – melengkapi citra destinasi dan butik-butiknya segenap dunia. Dari Le Café V di Ginza ke restoran bermusim di St. Tropez dan ruang santai lapangan terbang di Doha International Airport, setiap satunya menggamamkan pengunjung dengan konsepsi pengalaman yang menggambarkan Louis Vuitton.

Membentangkan sayap, Louis Vuitton menampilkan konsep kulinari baharu di United Kingdom, secara spesifiknya di Terminal 2 London Heathrow. Memanjangkan aspirasi sebagai Maison yang memenangkan dunia pengembaraan dan budaya, Louis Vuitton bekerjasama dengan Chef Cyril Lignac dalam membangunkan butik serta kafe baharu mereka. 

Louis Vuitton

Lokasinya sangat strategik. Le Café Cyril Lignac tersergam elok di tengah-tengah lapangan terbang bahagian pelepasan domestik dan antarabangsa, membenarkan pelancong-pelancong yang pergi atau datang dari pelbagai destinasi untuk singgah bertandang. Atmosferanya pula cukup intim, bersempadanan dengan butik baharunya – yang keterserlahannya jelas, dengan muka binaan unik bersifat aerodinamik, hasil rekaan kolaborasi bersama Marc Fornes. Pengasas THEVERYMANY, Marc pernah menyumbangkan ideanya dalam menghasilkan sebuah instalasi di Salone Internazionale del Mobile di Milan pada tahun 2023. Dan untuk binaan butik serta kafe terbaru di Terminal 2 London Heathrow ini, Marc sekali lagi disunting untuk mencurahkan ideanya dalam mencorakkan konsep rekaan. Yang kali ini didasari konteks tertentu dan simbolik dunia kembara Louis Vuitton.

Seandainya berpeluang untuk ke Le Café Cyril Lignac, anda akan melihat astaka yang berupa futuristik dan di dalamnya tersusun item-item utama untuk wanita serta aksesori-aksesori lelaki. Untaian perjalan menelusuri butik ini akan membawa anda ke kafe yang dibina di dalam butik tersebut. Dilengkapi kaunter perkhidmatan dan table seating. Garis melengkung yang umpama berfungsi sebagai second-skin untuk bahagian dalamannya, yang menerbitkan rasa tenang dan pada masa yang sama, ada aspek playful serta sofistikated.

Louis Vuitton

Cerminan sambutan mesra menyuasanai atmosfera, dengan seting berkilau-kilau yang berona jingga dan tona emas, menambah sentuhan warm. Bahagian langit silingnya pula disempurnakan oleh karya seni siri Quetzal Mobiles oleh atelier oï, sebahagian daripada koleksi Objets Nomades, yang menjelmakan ilusi burung-burung sedang berterbangan. 

Alas mejanya diperbuat daripada material kulit, manakala bahagian tepinya dihiasi corak Monogram emas dan gelas Twist, yang membayangkan visi Louis Vuitton Art de la Table.

Louis Vuitton
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down