Langgan

Koleksi UNIQLO x Cecilie Bahnsen: Romance, Reimagined

Koleksi berinspirasikan “Shapes of Poetry” ini bukan sekadar tentang pakaian, tetapi tentang bagaimana seorang wanita ingin merasa—ringan, lembut dan yakin.
1 minit untuk membaca
Published: April 23, 2026

Dalam dunia fesyen yang sering bergerak pantas dan praktikal, kehadiran elemen romantik kadangkala terasa seperti sesuatu yang mewah: cantik dipandang, tetapi sukar dipakai setiap hari. Namun kolaborasi terbaharu antara UNIQLO dan Cecilie Bahnsen untuk Spring/Summer 2026 membuktikan sebaliknya: romantisisme juga boleh menjadi sebahagian daripada rutin harian.

Puisi dalam Siluet Harian

Rekaan Cecilie Bahnsen sememangnya dikenali dengan siluet feminin yang dramatik superti lengan bervolume, perincian ruffle, dan motif bunga yang halus. Namun melalui kerjasama ini, semua elemen tersebut diberi nafas baharu agar lebih “grounded” dan mudah digayakan.

Bayangkan gaun romantik yang tidak hanya sesuai untuk acara istimewa, tetapi juga untuk brunch hujung minggu atau hari kerja santai. Atau skirt berstruktur yang masih terasa ringan, walaupun sarat dengan perincian. Di sinilah kekuatan UNIQLO memainkan peranan mengimbangi estetika tinggi dengan fabrik yang breathable dan potongan yang praktikal.

Fesyen yang Dihidupi, Bukan Sekadar Dipakai

Menurut Cecilie Bahnsen, koleksi ini direka untuk “dihidupi”, dipakai, disayangi dan menjadi sebahagian daripada rutin harian. Ia mencerminkan bagaimana fesyen tidak lagi sekadar estetika, tetapi juga pengalaman peribadi yang autentik dan praktikal. Kempen koleksi ini turut menampilkan sentuhan emosi melalui konsep sisterhood, memperlihatkan hubungan dan kebersamaan wanita sebagai nadi utama inspirasi rekaan.

Koleksi Pertama untuk Kanak-Kanak Perempuan

Buat pertama kalinya, Cecilie Bahnsen memperkenalkan rangkaian khas untuk kanak-kanak perempuan—satu langkah yang lahir daripada minat peribadinya terhadap dunia pakaian kanak-kanak. Koleksi ini merangkumi gaun, T-shirt dan skort yang diinspirasikan daripada rekaan dewasa, membolehkan padanan “matching moment” antara ibu dan anak.

Menariknya, skort direka dengan pinggang boleh laras serta poket praktikal di kedua-dua sisi menggabungkan elemen comel dengan fungsi harian.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down