UNIQLO memperkenalkan koleksi LifeWear musim Bunga/Panas 2025 bertemakan moden neo klasik yang berinspirasikan daripada musim bunga yang tenang di Copenhagen dan musim panas yang meriah di Athens, terus ke almari pakaian anda.
Koleksi terbaru LifeWear ini mementingkan kesederhanaan dan kualiti. Dengan gabungan estetika moden dan elemen klasik yang menyegarkan, koleksi LifeWear kali ini menjanjikan gaya yang mudah, selesa serta timeless untuk semua.
Jitu kepada DNA UNIQLO yang mementingkan keselesaan apabila berfesyen, fabrik sejuk dan bernafas seperti linen, memberikan keselesaan lebih-lebih lagi untuk cuaca panas di Malaysia. Antara item fokus dalam koleksi ini seperti bra tops, Sport Utility Wear (SUW), dan koleksi denim yang menampilkan rekaan inovatif menggabungkan praktikaliti dengan gaya, membolehkan sesiapa sahaja memakainya dengan mudah dari pagi ke petang musim panas.
Selain itu, koleksi premium linen shirt, menyuntik gaya penampilan yang elegan kepada persalinan yang lebih kasual. Tidak terkecuali, koleksi UT (UNIQLO T-shirt) yang menampilkan rekaan eksklusif diilhamkan oleh Picasso, Peanuts, dan seni pop New York. Functional dan praktikal, koleksi SUW pula merangkumi AIRism, Dry-EX, dan UV Protection, serta pakaian asas seperti Wide Straight Jeans dari koleksi Denim turut melengkapkan barisan koleksi UNIQLO.
Antara highlight yang lain ialah pelancaran koleksi eksklusif seperti UNIQLO: C, UNIQLO U, serta kolaborasi istimewa koleksi UNIQLO x COMPTOIR DES COTONNIERS, yang menawarkan pelbagai gaya kasual yang melengkapi tema musim ini.