Langgan

Koleksi Ramadan Jenama Global Terkenal Untuk Penampilan Lebih Anggun

Raikan bulan mulia dengan koleksi yang menawan.
2 minit untuk membaca
Published: March 7, 2025

Koleksi daripada jenama-jenama global ini memberikan pelbagai pilihan istimewa bagi sesiapa yang ingin tampil bergaya dan lebih on point sepanjang Ramadan. Dengan menggabungkan elemen tradisional dan moden, setiap rekaan menawarkan keunikan yang tersendiri. Ini adalah seleksi jenama dan barangan koleksi yang eksklusif untuk memenuhi cita rasa fesyen anda.

Maje

Koleksi kapsul Ramadan daripada Maje menampilkan rekaan eksklusif untuk wanita yang ingin tampil lebih bergaya dan yakin. Dari dress satin pleated hingga jubah shimmer, setiap helaian direka untuk meraikan bulan yang penuh keberkatan ini dengan penuh keanggunan.

Miu Miu

Koleksi Ramadan dan Raya daripada Miu Miu menampilkan potret anggun dan ceria bersama model Arab, Rania Benchegra. Koleksi ini menggabungkan elemen elegan dan moden dengan rekaan ready-to-wear menggunakan bahan ikonik Miu Miu seperti denim, skirt pleated paras lutut dan juga menampilkan beg ikonik seperti Wander dan Aracadie mini, mencerminkan semangat optimisme sempena musim perayaan.

MCM

Jenama mewah German, MCM berkolaborasi bersama Noor Stars, pencipta digital terkenal dan ahli terbaru keluarga Maverick, sebagai wajah kempen Ramadan 2025, Noor Stars membawa keberanian dan keunikan MCM. Koleksi ini menampilkan rekaan berani dan elemen futuristik yang meraikan semua wanita.

Michael Kors

Michael Kors memperkenalkan koleksi Spring 2025 dan kapsul eksklusif Ramadan untuk Asia Tenggara. Kedua-duanya dilancarkan pada Februari dan boleh didapati di TRX, menggabungkan gaya elegan ikonik dengan sentuhan glamor perayaan. Kapsul Ramadan khas menampilkan Ludlow Shoulder Bag dan pakaian ready-to-wear dalam tona neutral yang mewah.

Sandro

Sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri, SANDRO memperkenalkan koleksi kapsul eksklusif yang menggabungkan tradisi dan moden dengan sentuhan elegan khas. Koleksi ini menampilkan knit set dengan corak halus dihiasi Lurex untuk kilauan mewah, serta dress dan skirt beralun, top dan cardigan yang sofistikated, serta seluar berpotongan kemas, sesuai untuk dipakai pada bila-bila masa.

Balenciaga

Balenciaga menyambut Ramadan dengan koleksi khas yang menampilkan warna burgundy gelap dan hijau pine pada beg ikonik seperti Rodeo, Bel Air, Hourglass, dan Le City, serta pakaian seperti gaun, skirt, blaus, dan kemeja dari viscose lembut. Koleksi ini tersedia di butik Balenciaga di Timur Tengah dan di balenciaga.com.

Coach

Serlahkan gaya Raya anda dengan koleksi istimewa daripada Coach. Menampilkan pelakon terkenal Malaysia, Anna Jobling, dan aktor serta model Indonesia, Angga Yunanda, Coach Raya Edit memperkenalkan pilihan beg terbaru seperti Tabby, Charter, dan League Crossbody, sempurna untuk sentuhan elegan yang sesuai untuk pilihan gaya perayaan anda tahun ini.

Steve Madden

Sempena musim perayaan ini, Steve Madden juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan koleksi khas yang menggabungkan gaya elegan dan moden. Koleksi ini menawarkan pilihan fesyen terkini untuk melengkapkan gaya raya anda, termasuk Bevelyn – beg tangan berstruktur dengan sentuhan kontemporari, serta pelbagai lagi koleksi raya daripada Steve Madden.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down