Langgan

Kolaborasi UNIQLO Bersama COMPTOIR DES COTONNIERS & PRINCESSE Tam Tam Untuk Musim Bunga/Panas 2025

Kolaborasi bersama jenama fesyen Perancis yang istimewa eksklusif di UNIQLO Malaysia mulai 7 Mac 2025!
1 minit untuk membaca
Published: March 4, 2025

Koleksi Musim Bunga/Panas 2025 UNIQLO menampilkan kerjasama eksklusif bersama COMPTOIR DES COTONNIERS, jenama fesyen kasual yang diasaskan di Perancis pada tahun 1995, serta kolaborasi kelima dengan PRINCESSE tam tam, jenama pakaian dalam yang menggabungkan keselesaan dan rekaan elegan. 

UNIQLO dan COMPTOIR DES COTONNIERS

Koleksi kali ini berpegang kepada konsep casual essentials, menampilkan rekaan ringkas tetapi sofistikated dengan penggunaan fabrik campuran linen yang memberikan keselesaan semula jadi. Warna-warna elegan seperti navy dan terracotta menambah keanggunan pada koleksi ini. 

Fabrik baju knit 100% kapas dengan tekstur semula jadi dan corak anyaman tiga dimensi seperti popcorn.
Seluar barrel daripada linen viscose yang menawarkan kesejukan serta siluet melengkung yang elegan.
Jaket untuk gaya yang sofistikated.

UNIQLO dan PRINCESSE Tam Tam

Koleksi yang selesa dan santai bertemu gaya elegan, loungewear ini diinspirasikan oleh suasana romantis Provence di selatan Perancis, dengan motif flora, corak daun dan gingham yang kelihatan lebih segar serta membangkitkan rasa bebas seperti percutian musim panas. 

Sweater Knit Pointelle 100% kapas dengan rekaan Henley neck yang lembut dan memberikan siluet leher yang cantik.
Seluar santai dalam fabrik seersucker yang ringan dan material drape, sesuai dipakai di rumah mahupun di luar.
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down