Langgan

Eksklusif: Kelsea Ballerini, Laufey dan Madison Beer Bicara Tentang Menguasai Pentas Muzik

Seperti yang dibuktikan oleh para pemuzik ini, yang berani mencabar norma akan menikmati ganjarannya.
Oleh | TERJEMAHAN Sarah Hani Jamil
5 minit untuk membaca
Published: June 13, 2025


Mulakan saluran YouTube. Jadi fenomena di JazzTok. Lancarkan EP tentang perceraian. Langgar batas genre. Kaedah lama untuk mencipta nama dalam dunia muzik sudah tidak relevan. Seperti yang dibuktikan oleh para pemuzik ini, yang berani mencabar norma akan menikmati ganjarannya.

New Country: Kelsea Ballerini

Muzik Global
Dress, anting-anting, rantai, beg Baguette dan kasut, kesemuanya FENDI

Dalam industri muzik, ada satu pepatah terkenal: “Anda ada sepanjang hidup untuk hasilkan album pertama, dan cuma dua hari antara touring untuk siapkan yang kedua.” Ketika Kelsea Ballerini menyebutnya kepada saya, dia sendiri sedang on tour. Di belakang pentas, dia menyarungkan hoodie kelabu, bersandar di hadapan rel pakaian serta gitar putih. Hari itu adalah hari Valentine dan setelah memakan sebiji donut, dia berhenti seketika untuk berbual dengan saya pada ulang tahun detik yang mengubah hidupnya.

Dua tahun lalu, tepat pada tarikh ini, dia melancarkan ‘Rolling Up the Welcome Mat’, sebuah EP enam lagu yang mengupas kisah perceraiannya dengan penyanyi country Morgan Evans. Bagi Kelsea yang dibesarkan dalam persekitaran beragama di Tennessee, perceraian suatu hal yang tabu, apatah lagi menghasilkan album mengenainya. “Saya masih ingat rasa takut waktu itu. Tapi keesokan pagi, saya terjaga dan sedar: 'Oh, orang betul-betul faham dan boleh rasa apa yang saya lalui.’ Tapi ya, memang menakutkan.”

Album itu juga menjadi titik perubahan besar buatnya dengan kejujuran lirik dan momentum genre country yang sedang meningkat, ia memperkenalkan Kelsea kepada khalayak baharu. Kini, peminat hadir ke konsertnya membawa sepanduk “Just got a divorce”. Namun katanya, “Saya tak raikan penceraian sampai saya tahu itu perkara yang baik. Saya tak mahu jadi simbol untuk perceraian. Ia berlaku tiga tahun lalu dan bukan lagi inti hidup saya.”

Kini, Kelsea berada dalam fasa hidup yang berbeza sepenuhnya. “Hidup saya sekarang langsung tak serupa dengan dua tahun lepas and thank God.” Dia sudah dua tahun menjalinkan hubungan dengan pelakon ‘Outer Banks’, Chase Stokes. Album terbaharunya, ‘Patterns’, lebih tenang dan matang, dihasilkan sebahagiannya semasa on tour. Lagu seperti ‘Sorry Mom’ – permohonan maaf kepada ibunya dan ‘We Broke Up’ – lagu putus cinta tanpa dendam menandakan fasa baharu hasil refleksi dan terapi.

Musim panas ini, dia akan berehat seketika. Pelan untuk album baharu masih belum dimuktamadkan, namun katanya, “Saya nak teroka lebih banyak gabungan genre. Itu betul-betul buat saya teruja.” Antara impian terbesarnya berkolaborasi dengan SZA. Satu ketika, semasa makan malam bersama pengurusnya, dia bertanya, “‘Apa kelemahan saya?’ Dan pengurus saya jawab, ‘Berhentilah bertindak seperti anda baru bermula.’ Jadi sekarang, saya cuba benar-benar berdiri atas kejayaan saya tanpa mengecilkan diri sendiri. Itu pengajaran penting untuk semua wanita—belajarlah untuk bangga dengan kemenangan kita sendiri.”— VÉRONIQUE HYLAND

Classical Crossover: Laufey

Muzik Global
Jaket, baju dalaman, seluar jeans, skaf, anting-anting, charm beg Baguette Nano, beg Peekaboo dan kasut, kesemuanya FENDI

Daripada pentas, Laufey melihat para peminatnya sebagai “cerminan dirinya sendiri.” Mereka lucu, baik hati, saling berkawan dengan sesama peminat, malah ada yang menyerupainya dari segi gaya dan penampilan. “Dulu saya susah nak cari kelompok yang benar-benar faham saya,” katanya. “Jadi bila saya sedar saya secara tak langsung mencipta komuniti seperti itu, ia sangat menyentuh hati saya yang muda dulu.”

Laufey sedar bahawa sesetengah fanbase boleh menjadi agak ekstrem – Lauvers, panggilan untuk peminatnya – tapi katanya, “Ya, mereka in a way, a cult. It’s a really positive, happy, cute one.

Laufey Lín Jónsdóttir (disebut “lay-vay” dalam Bahasa Inggeris) berdarah campuran Iceland-China dan lulusan Berklee, menggabungkan latihan klasik dan jazz dalam muzik popnya yang manis. Dia menarik minat Gen Z, yang suka edit ‘fancam’ dirinya dan adik kembarnya merangkap pengarah kreatif, Junia, serta hadir ke konsert untuk menyaksikannya secara langsung. “Saya harap muzik saya boleh jadi pintu masuk untuk orang kenal jazz,” katanya.

Tahun lalu, dia memenangi Grammy pertamanya: Album Vokal Pop Tradisional Terbaik menerusi ‘Bewitched’ (2023). Namun tak semua memuji. Ada pengkritik jazz yang mempersoalkan kesetiaannya pada genre itu. “Itu langsung tak benar,” katanya. Kritikan sebegitu membuatnya kecewa pada awalnya, tapi kini dia lebih yakin. “Saya tahu kekuatan saya dan itu dah cukup.”

I’ve spent my whole life trying to fit into some sort of box. Adakah saya pemuzik klasik? Jazz? Icelandic? Chinese? American? Saya tak pernah benar-benar tergolong. Jadi saya cuba jauhkan diri daripada semua label itu. Ia terasa lapuk.” tambahnya.

Peminat Laufey juga memainkan peranan penting. “Saya nampak komuniti yang saya harap ada ketika saya masih remaja,” katanya. Ramai antara mereka juga berketurunan Asia, satu kebetulan yang bermakna. “Ini petanda jelas. Kita semua perlukan representasi. Kita mahu lihat diri kita dalam artis yang kita kagumi.”

Album seterusnya, dijangka dilancarkan tahun ini berkonsepkan “a young woman unraveling.” Sisi lebih kelam Laufey akan diketengahkan, di sebalik gaun Rodarte dan reben Sandy Liang. Lagu utama, ‘Silver Lining,’ lebih dramatik di mana Laufey menyanyi, “When you go to hell, I’ll go there with you, too.

Masih mengekalkan elemen jazz dan klasik, album ini bakal disuntik dengan bunyi pop yang lebih besar dan aura lebih terbuka. “Dulu, saya hanya mainkan muzik klasik untuk orang tua,” katanya. Kini, dia mahu layak untuk sesuatu yang lebih: “Saya nak cipta muzik yang benar-benar layak untuk dinyanyikan bersama.”— ERICA GONZALES

Dance Hits: Madison Beer

Muzik Global
Dress, anting,anting, rantai dan beg Baguette, kesemuanya FENDI

Penyanyi pop berusia 26 tahun ini, yang juga sensasi media sosial, menghabiskan beberapa tahun kebelakangan dengan berkongsi kisah sebenar di sebalik perjalanannya ke puncak, melalui lagu-lagu penuh emosi dan jujur.

Ketika berusia 13 tahun, video cover nyanyiannya lagu ‘At Last’ oleh Etta James disiarkan Justin Bieber di Twitter. Tidak lama kemudian, dia menandatangani kontrak dengan Island Records dan diuruskan oleh manager Scooter Braun. Namun lonjakan mendadak itu juga menyebabkannya menjadi sasaran kritikan, termasuk pembulian siber. Pada usia 15, video peribadinya tersebar dan dia bukan saja tidak dibela, malah dihukum oleh masyarakat digital.

Pada usia 16, dia digugurkan daripada label dan pengurusan. “Saya sering diuji seperti orang dewasa,” katanya. “Sedangkan saya masih cuba memahami siapa diri saya, sambil perlu melaporkannya pada seluruh internet.”

Dalam memoirnya ‘The Half of It’ dan album keduanya ‘Silence Between Songs’, kedua-duanya diterbitkan pada 2023, Madison berkongsi bagaimana dia pernah terfikir untuk menamatkan hidup, sebelum akhirnya pulih. “Saya rasa saya dah berjaya luahkan semua yang penting buat saya,” katanya. Dia juga memulakan tour 63 lokasi dan berjaya memenuhi dewan ikonik seperti Radio City Music Hall.

Kini, setelah kembali mengawal naratif hidupnya, Madison tampil lebih bebas. Dua single terkininya, ‘Make You Mine’ dan ‘15 Minutes’ menjadi kegilaan di kelab. Malah, ‘Make You Mine’ menerima pencalonan Grammy untuk Rakaman Pop Dance Terbaik. Dia kini hampir setiap hari di studio untuk menyiapkan album baharu, yang menurutnya “sedang terbentuk dengan baik.” Salah satu sumber inspirasinya: permainan video. “Saya mahu album ini dipenuhi bunyi-bunyian menarik yang jarang kita dengar dalam muzik.”

Mungkin, album baharu ini bakal membawa Beer menawan impiannya yang masih tertinggal: beraksi di Madison Square Garden dan membawa pulang trofi Grammy. Tapi katanya, “Saya tak tidur malam kerana matlamat itu. Saya bangga dengan diri saya sekarang. Kalau saya yang kecil dulu jumpa saya hari ini, dia akan kata, ‘You’re the coolest girl on earth. I get to be you one day? That’s so sick.’”— MADISON FELLER

Fotografi ADRIENNE RAQUEL
Penataan Gaya JAN-MICHAEL QUAMMIE
Solekan ALEXANDRA FRENCH/Forward Artists
Dandanan LACY REDWAY menggunakan Tresemmé
Riasan Kuku NATALIE MINERVA/Forward Artists, GINGER LOPEZ/Opus Beauty
Produser PETTY CASH PRODUCTION

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down