Langgan

Jisoo, The Human Dior untuk Kempen Lady Dior Terkini

Variasi terbaru ini memberi dimensi segar pada Lady Dior di bawah arahan kreatif Maria Grazia Chiuri.
1 minit untuk membaca
Published: September 18, 2024
Lady Dior
Gambar: Jisoo, Kempen Lady Dior/ oleh Bibi Borthwick

Bermula dari Princess Diana hingga figura berpengaruh hari ini, beg Lady Dior telah menghiasi tangan para elit fesyen di seluruh dunia. Setiap musim, beg ini menjadi simbol keanggunan klasik seperti yang dilihat dalam kolaborasi terbaharunya dengan Jisoo, duta Dior untuk fesyen dan kecantikkan.

Dari lensa Bibi Borthwick, Dior mempersembahkan rekaan terbaharu Maria Grazia Chiuri dalam suasana minimalis yang menonjolkan kontras hitam-putih yang ketara. Aura unik Jisoo jelas terpancar secara spontan, menggambarkan imej wanita anggun dan moden.

Lady Dior
Gambar: Beg Medium Lady Dior/ oleh Bibi Borthwick

Kempen ini membawa sisi unik beg tangan Lady Dior, versi anggun dengan sentuhan rock dalam rekaannya. Variasi terbaru ini hadir dalam pelbagai gaya: lubang kecil dan besar yang menggantungkan mutiara, corak penuh kepingan logam kecil, serta versi matte hitam Cannage sepenuhnya.

Jisoo merupakan vokalis dan visualis kumpulan K-pop terkenal, Blackpink. Pengaruh kumpulan ini bukan sahaja dalam industri muzik, malah melangkaui industri fesyen. Setiap ahli kumpulannya merupakan duta global jenama mewah: Jisoo untuk Dior, Jennie untuk Channel, Rose untuk Yves Saint Laurent dan Lisa baru saja menandatangani kontrak bersama Louis Vuitton. Kumpulan ini menganggap fesyen sebagai bahagian penting untuk imej mereka.

Lady Dior
Gambar: Jisoo, Kempen Lady Dior/ oleh Bibi Borthwick

Beg Lady Dior, pertama kali dipakai oleh Princess Diana pada tahun 1995 dan sebagai penghormatan, bag itu dinamakan ‘Lady’ sinonim dengan kewanitaan dan keanggunan jenama Dior. Dalam era baru ini, Jisoo turut meninggalkan kesan tersendiri dalam membawa nama Dior dengan kepribadiannya yang elegan dan segar. Ramai peminat yang menggelarkannya sebagai “The Human Dior” .

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down