Langgan

Jenama Beg Tangan Lokal Yang Sesuai Digayakan Di Hari Raya

Pilihan beg tangan yang menawan untuk pelengkap gaya untuk anda!
2 minit untuk membaca
Published: March 29, 2025

Tidak kira sama ada anda mahukan beg tangan yang klasik, moden atau unik, jenama lokal Malaysia mempunyai pelbagai pilihan untuk memenuhi cita rasa anda. Raya ini, bukan sahaja pakaian yang penting, tetapi aksesori seperti beg tangan juga memainkan peranan. Ini adalah seleksi pilihan jenama beg tangan lokal yang sesuai untuk dipadankan dengan busana Hari Raya anda.

MUI

MUI telah mengenalkan beg tangan yang terbaru untuk Hari Raya kali ini, iaitu beg Laura dengan 3 pilihan warna iaitu Mohagany, Midnight dan Ivory dengan rekaan beg yang minimalis tetapi tetap elegan. Jika anda mencari beg yang versatile dan boleh dipakai pada bila-bila masa selain di Hari Raya, MUI adalah pilihan terbaik.

Nazifi Nasri

Jenama yang popular pada musim perayaan, Nazifi Nasri menampilkan rekaan beg yang unik dengan perincian berkualiti tinggi. Dengan aura mewah dan menawan, beg tangan dari Nazifi Nasri adalah pilihan yang sesuai dengan rekaan sofistikated, pasti menyerlahkan gaya anda dibulan Syawal.

Sometime by Asian Designers

Sometime by Asian Designers menawarkan pelbagai koleksi beg yang trendy dan praktikal. Koleksi mereka yang mempunyai sentuhan khas dan sesuai untuk sesiapa yang gemar bergaya dengan cara yang effortless.

Ayaaya Studios

Beg tangan dari Ayaaya Studios jenama terbaru daripada selebriti dan model terkenal, Scha Alyahya juga pilihan yang menarik untuk anda yang sukakan gaya edgy dan moden, sesuai untuk digayakan dengan pelbagai outfit pilihan anda!

SHALS

Jenama SHALS menampilkan beg tangan yang feminin dan trendy. Jika anda sukakan aksesori yang bergaya tetapi tetap praktikal, beg dari SHALS adalah pilihan sempurna. Rekaannya sesuai untuk wanita yang mengutamakan keselesaan dan gaya dalam satu masa.

Milliot & Co

Milliot & Co ini menawarkan rekaan yang minimalis, moden dan mudah dipadankan. Dengan koleksi bersama Nurita Harith, seperti Naomi, Noelle Two-Way Shoulder, Nadia Knotted, rekaan yang tampak lebih memukau dan sesuai untuk semua peringkat umur.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down