Setelah 10 tahun berkediaman di Starhill Kuala Lumpur, Louis Vuitton akhirnya memilih untuk berpindah ke Pavilion Kuala Lumpur, pusat beli-belah utama dan menjadi pilihan warga bandar. Dekorasi butik terbarunya benar-benar mengagumkan. Megah berdiri tiga tingkat, ia menampilkan fasad luar yang setinggi lebih dari sebelas meter, mentafsirkan Monogram signature ikoniknya melalui panel-panel megah aluminium yang menerangi ruang luar sekeliling jalan utama. Fasad itu juga menyambung masuk ke dalam pusat beli-belah, tetapi mengetengahkan ambien yang lebih ramah dan mesra untuk para pelanggan.
Di bahagian dalam, anda akan disambut oleh ruang yang sofistikated melalui penggabungan garis-garis elegan, deko mewah dan pemilihan reka bentuk tempatan dan antarabangsa serta karya seni. Budaya Malaysia dipaparkan melalui kerjasama dengan artis tempatan terkenal Red Hongyi, yang telah mencipta karya khas khusus untuk atelier ini. Selain itu, terdapat bervariasi pilihan pakaian ready-to-wear bagi wanita dan lelaki, kasut, barangan kulit, bagasi dan trunk bersama dengan pelbagai aksesori, wangian, jam tangan dan barang kemas yang halus buatannya.
Di bahagian wanita di tingkat tiga terdapat koleksi barangan kulit terkini dan bahagian tersebut dihidupkan lagi dengan kertas dinding buatan tangan khas daripada Atelier Martin Berger.
Apabila anda melalui kawasan aksesori, tangga buatan batu membawa ke bahagian kawasan yang dipenuhi cahaya semula jadi ini pula mempamerkan kasut wanita. Di aras yang sama juga terdapat salun istimewa buat pelanggan VIP, dihiasi dengan karya seni jerami yang dilukis dan ditenun yang dicipta khas oleh artis MOOK.
Produk-produk Maison yang lebih eksklusif termasuk barangan kulit eksotik, jam tangan dan barang kemas halus—dipamerkan di aras empat, di mana elemen reka bentuk mewah, seperti gerbang marmar Botticino dan dinding dengan tatahan mother-of-pearl menjadi tumpuan. Pelanggan boleh mengimbas koleksi sambil meluangkan masa di dua salun peribadi yang berbeza konsep. Salun pertama berbentuk bulat menampilkan kertas dinding buatan tangan daripada Atelier Martin Berger, menyerikan ruang dengan warna merah serta mewujudkan suasana yang elegan. Salun kedua diterangi cahaya semula jadi yang ditapis daripada fasad luaran, dipantulkan pula dari dinding yang dihiasi kertas dinding emas bersama perabot vintaj dengan fabrik hijau lembut. Kedua-dua bilik dinobatkan dengan karya seni artis-artis tempatan paling berpengaruh di Asia Tenggara.
Untuk meraikan pencapaian megah ini, Louis Vuitton telah menjemput duta global jenamanya, Jackson Wang, ke Kuala Lumpur pada bulan lalu. Bintang kelahiran Hong Kong dan bekas ahli kumpulan lelaki Korea Got7 ini, mencetuskan kegemparan waktu kesampaiannya di Pavilion, dimana ratusan peminatnya beratur untuk melihat kelibatnya. Semasa acara tersebut berlangsung, Jackson turut mendapat personal tour seluruh butik. Lihat gambar dari acara tersebut di sini: