Musim perayaan ini, apa kata tingkatkan gaya anda dengan aksesori beg tangan daripada Kate Spade New York yang stailnya begitu distinktif; feminin, kontemporari dan ceria. Beg tangan signature mereka, Deco dan Grace mengambil spotlight musim ini, dengan kedua-dua rekaan beg yang menangkap semangat keindahan Aidilfitri.


Musim ini, koleksi Grace muncul dalam dua siluet yang sofistikated: beg pochette elegan dan east-west shoulder bag, hadir dengan palet warna bermusim yang memukau — dari rona timeless taupe dan krim lembut, hingga ke rona pistachio ice, memastikan ada untuk semua cita rasa fesyen anda. Selain itu, beg tangan Grace mencipta harmoni antara struktur dan gaya, serba boleh tanpa batas, dengan garis-garis bersih dan bahagian pemegang bulat yang penuh keanggunan.

Pertama kali diperkenalkan pada musim luruh 2024, gabungan stail beg Deco dengan rekaan minimalis serta bahagian pembukaan beg berbentuk geometrik menyuntik elemen nan mewah. Uniknya, siluet versatil beg ini di mana tali rantai boleh ditukar daripada chain-strap crossbody bag menjadi shoulder bag dan mini flap dengan perincian kemasan mewah serta fabrik kulit dalam warna pistachio ice, hitam atau taupe yang timeless serta sulaman eyelet atau tweed dalam rona pastel lembut.
Koleksi terbaru lebaran Kate Spade New York, Deco dan Grace ini boleh didapati di semua butik Kate Spade New York.