Langgan

Inspirasi Fesyen: Ameera Khan

Cedok inspirasi fesyen covergirl ELLE Malaysia bulan ini.
2 minit untuk membaca
Published: January 2, 2025

Wajahnya sering menghiasi kempen-kempen jenama antarabangsa, dan juga merupakan fashion darling di industri fesyen tanah air. Stail Ameera Khan menjadi panduan pencinta fesyen generasi kini dengan gaya peribadi yang kadang glamor, kadang casual chic. Di usia yang kian menginjak matang, Ameera juga dilihat bijak mengatur penampilannya dan ternyata kelihatan di foto-foto kirimannya di Instagram. Teruskan membaca untuk ketahui cara berfesyen cara Ameera Khan.

Classic Oversized Blazer

Tampil stylish tanpa perlu berusaha lebih, cukup dengan mengenakan blazer hitam klasik oversized. Jika terasa gaya terlalu polos, ini peluang anda untuk mengenakan solekan beriya, agar keseluruhan gaya tampak seimbang.

Kasut but tinggi

Kasut but tinggi tidak hanya digayakan apabila pergi bercuti ke negara sejuk sahaja. Ameera bijak memadu padankan dengan baju-T dan skirt pendek untuk tampil lebih kasual. Rambut juga disanggul rapi, because less is more!

Gaya Harian Chic

Kala hari-hari anda kurang rajin untuk bersiap, apa kata sarungkan sahaja baju-T lengkap dengan cermin mata hitam pelengkap gaya. Oh, jangan lupa cawan kopi di tangan ya (because it's a vibe).

Gaun Putih Regal Bak Puteri

Tip penggayakan ke acara fesyen? Simpan sebentar LBD (little black dress) anda, dan pilih gaun putih untuk kelainan kerana ia menyuntik aura suci bak bidadari. Gayakan bersama barang kemas statement, dan voila!

Even Fashion Girls Wear Sneakers

Tip untuk berfesyen ala Gen-Z? Sneakers, of course.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down