A simple life. Merandai nikmat hayat ringkas, umpama bayangan madah karya pastoral. Namun, lebih manisnya hidup itu bila gaya sesegar musim bunga 2025 yang mendatang, merias diri. Tektsur, cetakan motif serta perincian mengungguli rupa. Mencipta kebaharuan.
Bulan ini, lembaran fesyen ELLE Malaysia ria berkelana, membawa tema kembara ke seting yang berteraskan kedesaan. Disempurnakan lagi oleh garapan gaya-gaya yang saling berlagaan dengan sifat latar belakang, menyuasanai mood.
CITRA EUFORIA
Sang perantau bernyawa dalam alam sederhana. Namun, menyerlahkan diri dari aspek rona lembut dan tekstur yang nyata, untuk menayangkan keriangan.
Dress, seluar, beg tangan dan kasut daripada Prada. Coker daripada Swarovski
SCULPTURAL ELEGANCE
Elegan untuk gaya hidup ringkas, ‘bercanda’ pula dengan penataan unik dan moden. Structured, cowl dan aksesori semuanya menawan perhatian.
Blaus, seluar, kasut dan topi daripada Louis Vuitton. Rantai leher dan cincin daripada Tiffany & Co
JELMAAN MINIMA
Refleksi perihal hidup ringkas yang mutlak. Gaya siluet minima umpama betul arahnya mencerminkan kesederhanaan itu.
Dress dan seluar daripada Prada. Subang telinga,rantai leher dan gelang tangan daripada Tiffany & Co. Beg bimbit daripada Saint Laurent Paris
KOD BAHARU
Nada siluet yang mudah barangkali lebih indah, seandainya mainan gaya ceraian ringkas dipadankan dengan ceraian yang sarat tekstur serta perincian.
Baju dan seluar daripada Ralph Lauren. Rantai dan subang telinga daripada Swarovski
COSY CORNER
Sudah tentu, selesa dipertamakan. Baju panas bertekstur Aran bagai lengkap menggambarkan hidup kedesaan, terbit rasa nyaman.
Baju panas dan subang telinga daripada Bottega Veneta
USIKAN SENSUAL
Perincian renda, berona gelap dan dengan paduan rekaan material pakaian kerja mengembalikan ragam anggun dalam bergaya.
Dress dan beg tangan daripada Balenciaga. Rantai leher dan subang telinga daripada Tiffany & Co
PSIKEDELIK FANTASTIK
Berkhayal dengan bayangan sang perantau sejati. Gaya sarat corak celup dan ikat, terjemahkan citra free-spirit.
Jaket, seluar pendek, kasut, subang telinga, gelang tangan dan rantai leher daripada Dior
CHIC SPRING
Kekal chic biarpun menghuni seting bukolik. Padanan rona terang, dengan motif cetakan serta tekstur yang ketara berlagaan, namun pertemuannya menyatu.
Jaket, blaus, seluar jean dan kasut daripada Dolce & Gabbana. Skaf daripada Longchamp. Subang telinga daripada Swarovski
LIHATAN LAPANG
Terasa lapang, seakan-akan tiada rasa ‘bersempit’ dalam helaian yang longgar. Apalagi dalam buana bebas tanpa ketegangan.
Baju dan seluar daripada Longchamp. Rantai leher dan gelang tangan daripada TIffany & Co
GLAMOR UTILITARIAN
Projeksi stail sang perantau yang berani menyudi gabungan gaya formal dengan fitur utilitarian. Suatu imbangan harmonis yang sempurna.
Blazer dan vest daripada Burberry. Kasut but daripada Louis Vuitton. Subang telinga dan gelang tangan daripada Tiffany & Co
Pengarang Pengurusan & Penataan Gaya : Ardi Idewani | Pembantu Penyelaras : Sri Azni Azran & Athirah Zahra | Arahan Seni : Iera Nadzlim | Fotografi : Azim Mahayuddin (AM Studio) | Pembantu Studio : Adeel | Solekan : Ahmadani | Dandanan : Philex Chin | Dibantu oleh : Wayne | Model : Cyii Cheng (The Models Lab KL) | Lokasi : Villa Takun