Langgan

Hailey Bieber Bawa Gaya Corpcore ke Date Night

Peptides bertemu pinstripes pada malam Jumaat di Manhattan.
Oleh | TERJEMAHAN Athirah Zahra
2 minit untuk membaca
Published: February 9, 2025
hailey bieber
Gambar: X/ @glmrsstyle

Jika Hailey Bieber ingin menyampaikan mesej melalui penampilan terbarunya, maka mesejnya jelas: it was all about business, baby! Model yang kini bergelar usahawan ini dilihat menuju ke restoran di New York City dengan menggayakan sut skirt berjalur, membawa estetika corporate-core keluar dari bilik mesyuarat dan terus ke date night.

Ramai daripada kita mungkin ingin melupakan uniform yang dipakai dari jam 9am hingga 6pm apabila tiba malam Jumaat, tetapi tidak bagi Hailey. Sebaliknya, ibu kepada Jack Blues Bieber itu memilih untuk menggayakan busana berinspirasikan pakaian pejabat untuk temu janjinya bersama suami, Justin Bieber di Cafe Zaffri. Penampilannya yang terdiri daripada set sut berjalur ala ‘working girl’ era 80-an, lengkap dengan jaket bahu lebar dan skirt pensil yang membaluti tubuh.

hailey and justin
Gambar: X/ @aboutbieberbra

Sekali pandang, penampilannya mungkin kelihatan sangat formal dan profesional. Namun slit tinggi pada bahagian paha serta ketiadaan kemeja di bahagian dalam menjadikannya lebih spicy! Sesuai dengan imejnya sebagai supermodel yang menghadiri Minggu Fesyen New York, bukan eksekutif yang bersedia memberikan pembentangan.

Seperti biasa, Hailey sentiasa tampil bergaya dengan pilihan fesyennya. Gaya ini bukan sahaja merupakan trend musim bunga/panas 2025 (corak jalur dan sut korporat) yang dipersembahkan oleh Saint Laurent, Stella McCartney dan Coach, malah trend ini terus mendominasi pentas fesyen musim ini! Corak ini menghiasi koleksi Calvin Klein musim luruh/sejuk 2025 yang baru sahaja berlangsung di #NYFW, menandakan kesinambungan trend yang bakal bertahan sehingga musim sejuk yang akan datang. Sekali lagi, Hailey mengukuhkan statusnya sebagai ikon fesyen era ini - tiba masanya untuk anda menggayakan pakaian dengan trend jalur ini!

calvin klein
Koleksi Calvin Klein musim luruh/sejuk 2025

*Artikel ini diterjemah daripada ELLE UK

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down