Langgan

'Grey Days' Sebuah Legasi 'Kelabu' New Balance

Grey Days sebuah keterujaan berterusan New Balance sepanjang bulan ini
2 minit untuk membaca
Published: May 9, 2025

New Balance meraikan kempen Grey Days sebagai satu dedikasi warna ikonik jenama ini - kelabu. Pertama kali diperkenalkan pada era 80-an sebagai koleksi kasut sukan yang menyatu dengan kehendak gaya hidup, New Balance tidak lagi menjadikan aktiviti larian sebagai sesuatu yang membosankan.

Pilihan pada warna kelabu yang dipilih menjadi simbol komitmen jenama ini dalam menjadikan ia sesuatu yang ikonik tidak hanya pada rekaan tetapi kualiti dalam penghasilan. Evolusi pada rekaan kasut yang melalui transisi - beralih daripada penghasilan menggunakan material kulit dan suede kepada material sintetik seperti nylon yang datang pilihan warna terang menjadikan dunia penciptaan semakin berevolusi.

Mendekati cerita di sebalik evolusi ini, New Balance sebagai peneraju penciptaan kasut kasual terus komited dalam mengekalkan rona kelabu sebagai warna ikonik jenama ini sebagai sebuah kelestarian penjenamaan. Biarpun rekaan berubah seiring kehendak trend semasa namun rona ini masih menjadi identiti rasmi jenama ini sehingga hari ini.

SAMBUTAN 'GREY DAYS' DI KUALA LUMPUR

Siri pelancaran koleksi terpilih diumumkan sepanjang bulan ini bagi meraikan legasi 'kelabu' yang ditunjangi jenama ini. Merangkumi koleksi gaya hidup, performance dan pilihan untuk kanak-kanak termasuk edisi 740, 9060, 1000, T500 dan Fresh Foam X 1080v14. Selain kasut pilihan pada koleksi pakaian dan aksesori turut diperkenalkan.

Menjelang 14 Mei pula koleksi yang semakin diperkatakan iaitu The 1906 Loafer akan dilancarkan. Rekaan kasual yang menjadi pilihan pencinta fesyen hari ini menjadi kasut yang tidak hanya digayakan kasual tetapi sempurna bagi gaya smart casual untuk acara formal. Dijual pada harga RM699.

Koleksi 'Grey Days' di butik New Balance Pavilion KL

Dua lagi koleksi yang akan dilancarkan secara berperingkat adalah The ABZORB 2010 dan 471 (Dijual pada harga RM 669 dan RM 449) yang akan dilancarkan pada 22 Mei diikuti dengan koleksi 1300JP yang akan menyusul pada tarikh 29 Mei nanti dijual pada harga RM 1,399.

Stor pop-up khas yang terletak di butik New Balance, Pavilion Kuala Lumpur menawarkan aktiviti menarik dengan bengkel interaktif disediakan untuk setiap pengunjung. Sebagai penghargaan, anda akan turut berpeluang mendapatkan beg tote edisi istimewa New Balance dengan setiap pembelian harga minum yang ditetapkan.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down