Langgan

Giat Aktif UNIQLO : Perkenalan Rangkaian SUW Bersama Sukan Pickleball

UNIQLO menampilkan Sport Utility Wear (SUW) dalam garapan istimewa - diarahkan bersama sukan kegilaan Malaysia masa kini yakni pickleball!
2 minit untuk membaca
Published: October 28, 2024
pickleball

Akhir bulan Oktober lalu, UNIQLO menganjurkan aktiviti interaktif istimewa bersama undangan-undangan terpilih, berolahraga dengan pickleball di Kl City Pickleball, Zebra Square. Acara yang seiringan dengan sukan kegilaan seantero Malaysia ini turut bermatlamat untuk memperkenalkan rangkaian UNIQLO Sport Utility Wear (SUW) yang kini dipertingkatkan – mengintegrasikan versatility harian dengan rekaan yang mendorong prestasi untuk gaya hidup aktif.

pickleball

Anjuran sukan ini terbuka buat semua undangan, baik untuk beginners mahupun pemain-pemain profesional. Mereka yang hadir berpeluang untuk menikmati pengalaman bermain pickleball atau bola pikel, seraya bergaya dalam wardrobe rangkaian UNIQLO Sport Utility (SUW), yang menegaskan standout features dalam rangkaian koleksi ini serta kefleksibelan penggayaannya. 

UNIQLO SUW Untuk Gaya Hidup Aktif

Di samping acara sukan bola pikel, sesi atau woksyop penataan gaya ringkas juga diadakan dan menampilkan pereka fesyen serta pempengaruh lokal, Kittie Yiyi, untuk menerajui sesi tersebut. Kittie mempersembahkan kehebatan beberapa helaian SUW yang mudah untuk transisi dan kebolehan cara penggayaan, yakni daripada performance gear ke pakaian sedia pakai harian.

Undangan-undangan yang menyertai acara ini juga boleh meneliti koleksi SUW dengan lebih dekat lagi, menyaksikan sendiri aspek keringanan rekaan, material breathable, fabrik yang dilengkapi perlindungan UV dan material yang mampu melaraskan suhu badan. Tumpuan juga diberikan kepada peningkatan mobiliti dalam rekaan-rekaan SUW serta faktor keselesaan ketika bergiat aktif. 

pickleball

Apa yang benar-benar mengistimewakan koleksi UNIQLO SUW adalah kombinasi sempurna kefungsian dan stail. Dengan nada rekaan yang didasari oleh aspek fashion-forward serta cerminan individu aktif dalam minda, koleksi ini menampilkan kenikmatan movement yang bebas. Lantas, ia sangat sempurna untuk gaya hidup aktif di arena sukan, di gimnasium, atau sekadar dipakai untuk keluar bersantai. Koleksi ini benar-benar memperkasakan si pemakai untuk mudah beralih gaya daripada aktiviti atletik ke aktiviti kasual bercengkerama tanpa perlu senantiasa bertukar-tukar pakaian. 

Antara nama-nama besar yang datang memeriahkan lagi acara termasuklah bintang sukan gimnastik Sharul Aimy, penerjun negara Jellson Jabilin, model Kaarthini Kay, pempengaruh Sabrina Mohd, pelakon Nik Rifaie dan penari serta pemain badminton Sean Ng. 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down