
Medan kemerdekaan yang tak berhujung dan penuh dengan kemungkinan menjadi inti makna musim ini. Ia membelah dua nilai, namun ada sekaitan kesetaraan. Tenaga optimis bersatu dengan dukungan kemahuan atau kehendak harian manusia. Cetusan gerakan kesedaran ini menjadi manifestasi GEOX untuk musim luruh/dingin 2025 – mengembalikan rangkaian klasik yang dipertingkatkan rekaannya, serta tafsiran baharu untuk mencorakkan kepelbagaian.
Konsentrasi GEOX adalah kewaspadaan kurasi rekaan-rekaan kasut yang bertalian erat dengan landasan utama jenama ini, yakni gaya Itali dengan teknologi serta kesejahteraan berharmoni.
Himpunan musim luruh/dingin 2025 untuk wanita
Rangkaian sniker wanita berkembang. Kita diperkenalkan dengan himpunan Fast-In System yang tidak membantutkan antisipasi si pemakai. Teknologi Fast-In System memudahkan, malah membebaskan rasa ketika dipakai. Contohnya, tafsiran baharu Spherica Plus dalam garapan material kulit atau material kait dengan sentuhan lureks ditampilkan. Rangkaian himpunan ini hadir bersama Nebula Plus – staple buat GEOX – yang disempurnakan oleh kemas kini teknologi.

Selain itu, musim ini malah menyaksikan GEOX menampilkan rangkaian rekaan baharu dengan tapak kasut ekstra ringan dan fleksibel (yang juga dilengkapi sistem Fast-In), menghasilkan sniker-sniker yang menggunakan material kulit dan sued monokrom serta kasut but paras buku lali dalam rekaan upper-casual.
Perkara kedua adalah kehadiran sebarisan sniker berjiwa street-style, termasuklah rekaan high-tops yang cukup ideal untuk penggayaan anak-anak kota, dalam palet rona serta material eksklusif dengan suntikan pelukisan feminin. Seperti kehalusan kilauan, simbahan warna kontra dan material kulit dengan efek logam.

Himpunan kasut formal memusatkan perhatian kepada gaya-gaya yang sealiran senada dengan trend rona semusim. Kasut loafer klasik sehinggalah kasut but yang menyerlahkan kepelbagaian dari aspek ketinggian dan material serta kasut platform berteraskan DNA urban dan kasut Mary Jane yang membuat kemunculan semula.
Himpunan GEOX untuk lelaki
Himpunan GEOX lelaki musim luruh/dingin 2025 pula memperkenalkan model-model baharu yang tersedia dalam rekaan-rekaan clean lines dengan rona understated dan stail monokrom yang menggunakan material kulit premium. Bagian kategori kasutnya juga menampilkan perpaduan rona dan material untuk menghasilkan kesan patchwork unik.

Ikon GEOX masa kini, sistem Fast-In menghidangkan kebebasan sepenuhnya buat si pemakai menerusi penggunaan talin elastik. Hal ini memperhalus model Spherica Plus dan buat julung kalinya, ia diadaptasikan pada versi terbaru Nebula. Himpunan kasut lelaki turut menyaksikan kebaharuan kasut bertali dan kasut but paras buku lali yang disempurnakan oleh tapak luarnya yang ringan serta fleksibel. Masing-masing disimbah rona classic sand, biru monokrom dan kelabu monokrom.
Kasut but Chelasea dan kasut but paras buku lali bertali pula hadir semula musim ini dalam rekaan yang menggunakan material kulit lembut. Keseluruhan rekaan kedua-dua kasut ini tampil mewah, dengan elemen keselesaan yang bertunas daripada teknologi Spherica dan ada citra moden dari segi siluet.
Kategori upper-casual lelaki membariskan model-model baharu kasut loafer serta ciptaan kasut bertali yang tersisip teknologi GEOX yang sentiasa dipertingkatkan mutu dan kualitinya. Teknologi in terlihat pada kasut but paras buku lali dengan butiran wing-tip yang menampilkan kemasan kontemporari artisan, namun kendatipun begitu, ia tidak mengabaikan aspek tak usang dek zaman.









