Langgan

Gazet Fesyen : Apa Yang Baharu Bulan Ini

Sniker terbaru inspirasi 90an dan beg tangan penuh dekorasi artis segenap dunia dalam gazet fesyen ELLE Malaysia Januari 2025.
2 minit untuk membaca
Published: January 21, 2025

Dior Lady Art #9, Lebih Daripada Sekadar Seni

Meluhurkan nilai artistik artis-artis segenap dunia. Biar nadi seni terus berdenyut. Membangunkan simbol agar tak terpendam dan menjulang ia sebagai legenda. Lady Dior menjelmakan contoh keunggulan stail Dior yang mengahwinkan elegan tak lapuk dek zaman dengan aspek keberanian. Rekaannya merupa architectural, kemas dengan sublimasi garisan grafik Cannage yang menjadi signature dan disebatikan oleh kod rumah fesyen Dior.

 

gazet fesyen

Object of desire yang teramat menakjubkan, lantas menjangkaui nilai kecemerlangan yang bertumpu kepada inovasi. Oleh yang demikian, sejak tahun 2016, Dior menginisiasi projek seni istimewa yakni Dior Lady Art Project – menugasi artis-artis segenap dunia untuk memulih rupa beg Lady Dior, dengan mengharmonikan kesenian pada rekaan-rekaan beg tersebut. Untuk edisi kesembilan kali ini, Dior bekerjasama dengan artis-artis seperti Sara Flores, Jeffrey Gibson, Woo Kukwon, Duy Anh Nhan, Hayal Pozanti, Liang Yuanwei dan Huang Yuxing. 

gazet fesyen

Gerombolan artis ini mengekspresikan kesenian, menyerasikan konsep tersendiri untuk dijadikan suatu lambang metamorfosis yang poetic. Perpekstif unik mereka digambarkan, seakan-akan memerikan naratif karya masing-masing dan pada masa yang sama, mempamerkan nilai kendiri. Setiap interpretasi baharu ini benar-benar mencabarkan, yang memerlukan keberanian meluas. Kesenian yang dipersembahkan begitu halus dan teliti, menyatukan magis dengan realiti, menerusi daya imaginasi cergas artis-artis kerjasama. 

Viv’ On The Run, Sniker Kontemporari Roger Vivier

Mendefiniskan semula sofitikasi urban dengan bancuhan gaya acuh tak acuh dan terapan nilai kebebasan. Itulah cerminan tepat untuk rangkaian sniker terbaru Roger Vivier, Viv’ on the Run.

gazet fesyen

Pengarah Kreatif Roger Vivier, Gherardo Felloni sunting pelakon Perancis, Lou Lampros sebagai wajah utama kempen fesyen rangkaian sniker ini. Kempen ini menyandiwarakan naratif karakter Lou, terlihat meninggalkan apartmen Parisian-nya seraya membawa sebuah kotak misteri. Bila mendepani trafik, Lou bertukar kasut, menyarung sniker Viv’ on the Run,lantas keluar dengan yakin dari keretanya dan beraksi mengitari jalanan Paris. Seia sekata dengan semangat sniker Viv’ on the Run yang meraikan ekpresi kendiri dan pembebasan.

Sniker Viv’ on the Run yang mengutip rekaan 1990an serta 2000an merangkaikan pembudayaan dengan fesyen, menerbitkan sukma rebellious gaya jalanan daripada komuniti Hip Hop dengan sifat glamor Lady Diana dan John Kennedy Jr. Rekaan sniker ini juga memberi penghormatan buat momen budaya pop seperti Julia Roberts dalam filem ‘Runaway Bride’. 

gazet fesyen
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down