Langgan

FILA kembali dengan kolaborasi bersama Snoopy

FILA x Snoopy membawa fesyen moden penuh nostalgia
1 minit untuk membaca
Published: December 6, 2024

Siapa yang tidak kenal dengan karakter kartun ikonik Snoopy yang telah menceriakan zaman kanak-kanak kita? Kini, kartun Peanuts yang penuh nostalgia itu telah berkolaborasi dengan FILA, jenama sukan terkenal yang sering kita dengar. Untuk koleksi istimewa ini, mereka mengekalkan estetika klasik FILA, dengan memberi sentuhan fesyen tenis yang segar dan moden.

Koleksi FILA x Snoopy ini memberikan sentuhan moden. Ia sesuai untuk dipakai bukan sahaja di dalam gelanggang, malah di luar juga. Koleksi ini tidak hanya terhad kepada pakaian sahaja. Ia juga hadir dengan pelbagai pilihan kasut dan aksesori yang melengkapkan gaya sporty anda. Setiap rekaan membawa keselesaan dan gaya yang praktikal, sesuai untuk sebarang aktiviti harian.

'Model Slant Shot' FILA yang ikonik, asalnya daripada koleksi tenis tahun 1970-an, menjadi perintis utama dalam koleksi ini. Reka bentuk yang telah diperbaharui ini mengekalkan ciri siluet asal yang menonjol, namun diperkemaskan oleh elemen moden yang segar. Kehadiran hangtag Snoopy pula menyuntik keceriaan. Ia turut menambahkan aura keriangan dan keunikan. Semua ini membezakan koleksi ini daripada yang lain.

Selebriti seperti Anna Jobling, Anwar Amzah, Nurel Baharin, Aiman Ameer dan Sheqin turut bergaya dengan koleksi ini. Masing-masing menggayakannya dengan cara tersendiri. Pakaian ini bukan sahaja sesuai untuk sukan, malah juga boleh digayakan secara kasual. Koleksi khas ini boleh didapati di USC by Sports Direct berdekataan anda.

Secara keseluruhannya, dengan pilihan warna yang segar dan rekaan yang ringkas namun bergaya, koleksi ini sesuai untuk mereka yang ingin tampil stylish tanpa mengorbankan keselesaan. Sama ada anda seorang peminat sukan atau pencinta fesyen, koleksi ini pasti memenuhi keperluan gaya hidup moden anda. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi eksklusif ini yang pasti akan menjadi kegemaran ramai!

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down