Seiring dengan perkembangan pantas dunia digital di platform seperti Instagram, Tiktok dan X, semakin ramai personaliti baharu yang berjaya menemui tempat sebagai pempengaruh digital atau boleh dikatakan sebagai ikon fesyen masa kini. Setiap personaliti fesyen ini membawa identiti dan gaya unik tersendiri, dari fesyen minimalis hingga gaya maksimalis yang berani, ataupun gaya boho yang bebas dan fesyen street style yang kreatif! Sama ada anda suka atau tidak, this is all fashion!
Dahulunya, kita sering bergantung kepada aplikasi Pinterest untuk mencari dan menyimpan idea fesyen. Kini kebebasan lebih besar diberikan melalui Instagram dan TikTok, di mana kita boleh menyimpan kandungan kegemaran untuk di rujuk kembali. Pengikut kepada pempengaruh digital ini secara langsung boleh mendapatkan akses segera kepada inspirasi fesyen melalui kandungan mereka. Segala idea pakaian hingga tip penataan gaya berada di hujung jari!
Jelas, kelahiran pempengaruh digital ini tidak dapat dinafikan telah memberi kesan positif dalam membentuk landskap fesyen dunia moden. Mereka bukan sekadar memeriahkan dunia maya, malah mereka bertanggungjawab mempengaruhi pilihan pengikut, menggalakkan kreativiti serta ekspresi diri. Mereka merupakan ikon digital fesyen, kuasa besar yang membanjiri platform sosial anda dengan feed yang penuh dengan estetika fesyen dan sememangnya, sangat cantik untuk diliha
Inspirasi Fesyen
Pwincess Diaries

Tiga gadis berkongsi kisah hidup dan fesyen, @pwincessdiaries terdiri daripada @thesherryamin, @inarahsofiya & @khadijameor.
The Hustlepuffs

The ultimate trio @thehustlepuffs - @arisasoraya, @ninariff & @tisya_ong seringkali menghiasi acara-acara fesyen di Kuala Lumpur.
Eika Azam

Memancarkan stail timeless yang elegan, @eika_azam adalah contoh sempurna untuk gaya effortlessly chic!
Nazurah Husna

Model fesyen @nazurahusna sentiasa cantik bertudung - membuktikan hijab bukan penghalang untuk berfesyen.
Dolly Dalilah

Kulit sawo matang membuatkan @dollydalilah lebih menonjol dengan pilihan warna dan gayanya yang berani.
Alyssa Johaan

A working city girl yang menawan kota London - @alyssajohaan mempamerkan cita rasa fesyen yang stylish dan moden.
Seri Mizani

Stail boho ft. batik malaysia - @serimizani tahu untuk memadankan corak berbeza dalam satu penampilan.
Elsa Asiah

Campuran gaya vintaj dan moden - fesyen street style daripada @elsaasiah pasti digemari Gen Z!
Cabi

Gaya @cabibibi menyerlahkan kreativiti unik, menggabungkan elemen comel - very cutesy!
Fyra Al-Yahya

@fyraalyahya memancarkan aura klasik old money, stail minimalis dengan garis bersih dan siluet ringkas.