Langgan

Ferragamo Jadi Pilihan Selebriti Antarabangsa di Cannes Film Festival 2026

Demi Moore, Dua Lipa, Diego Calva dan Sophie Okonedo mencuri perhatian di Festival Filem Cannes 2026 menerusi gaya off-duty elegan dalam helaian Ferragamo yang moden dan sophisticated.
2 minit untuk membaca
Published: May 21, 2026

Di sebalik gaun dramatik di karpet merah, gaya ketibaan selebriti di sekitar Festival Filem Cannes 2026 turut mencuri perhatian. Tahun ini, Ferragamo membuktikan estetika moden dengan sentuhan sofistikated masih menjadi pilihan utama selebriti antarabangsa, daripada helaian tailoring santai hingga siluet feminin yang effortless.

Antara yang paling mencuri perhatian ialah Demi Moore, Dua Lipa, Diego Calva dan Sophie Okonedo yang tampil bergaya dalam helaian Ferragamo sepanjang keberadaan mereka di Cannes Film Festival 2026.

Demi Moore Tampil Elegan Dengan Estetika Safari Moden

Kemunculan Demi Moore di Cannes membawakan aura klasik yang cukup refined. Pelakon itu memilih bomber jacket kotak-kotak organik rona safari dan navy bersama skirt sedondon dengan kemasan nappa. Penampilan tersebut disempurnakan lagi dengan Ferragamo Hug Bag Soft XS serta mules kulit hitam yang menyerlahkan gaya understated luxury.

Dua Lipa Membawa Sentuhan Feminin Berani

Tidak pernah gagal mencuri perhatian, Dua Lipa tampil dalam helaian organza sutera rona elderberry lengkap dengan perincian lacing yang memberi sentuhan romantik moden. Namun aksesori pilihan penyanyi itu benar-benar menjadi fokus utama. Ferragamo Hug Bag East-West rona merah terang dipadankan bersama patent mules bertumit sculptural.

Diego Calva Buktikan Gaya Lelaki Tidak Perlu Berlebihan

Diego Calva pula memilih pendekatan lebih minimal tetapi tetap sofistikated. Aktor Mexico itu menggayakan jumper wool mohair rona camel bersama V-neck navy dan seluar kulit plongé espresso. Beg Ferragamo Hug rona coklat serta kasut lace-up Tramezza melengkapkan penampilan smart casual yang cukup effortless.

Sophie Okonedo Tampil Artistik Dengan Permainan Warna Earthy

Sophie Okonedo pula membawa pendekatan lebih artistik menerusi helaian tie-dye rona light sienna yang dipadankan bersama seluar wool silk senada. Perincian penutup kulit espresso memberi elemen struktur kepada keseluruhan gaya, manakala Hug Bag Soft hitam dengan interior merah menambahkan kontras menarik.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down