Langgan

FENDI ‘Hand in Hand’ Beri Nafas Kepada Kolaborasi Unik Bersama Artisan Seluruh Dunia

Intrepretasi artisan kepada beg ikonik FENDI Baguette.
2 minit untuk membaca
Published: November 28, 2024

Projek ‘hand in hand’ adalah kolaborasi bersama atelier dan artisan daripada pelbagai latar seni dan kraf tradisional di seluruh dunia untuk mentafsirkan beg ikonik FENDI Baguette yang menjadi objet d’art one of a kind. Berikutan koleksi kerjasama antarabangsa sebelumnya dengan Amerika Syarikat, Jepun, China, Scotland dan Madagascar, kini projek FENDI Baguette ’hand in hand’ tiba di Korea dan Australia pula. Ketahui lebih lanjut tentang koleksi penuh inspirasi ini dengan lebih mendalam.

Inisiatif kolaborasi FENDI Baguette 'hand in hand' bersama artisan kraf Maedeup tradisional Korea, Kim Eun-Young

Korean knot, juga dikenali sebagai maedeup, adalah merupakan kraf simpulan dekoratif tradisional Korea, menggunakan seutas tali panjang untuk mencipta pelbagai jenis bentuk hiasan yang indah.

Tafsiran seni daripada artisan Kim Eun-Young kepada beg Baguette, diilhamkan oleh pemandangan matahari terbenam dari Munsuam Hermitage di Goseong barat, Gyeongsangnam-do, dengan awan tebal yang mengaburi pandangan. Palet warna semula jadi tapi unik ini dihidupkan menggunakan benang sutera material natural dan artificial secara berselang-seli dengan penuh kemahiran.

Keunikan beg FENDI Baguette 'hand in hand' edisi Korea diserikan dengan perincian perhiasan istimewa seperti simpulan bahagian tepi tergantung, serta hiasan buah pic yang melambangkan umur panjang, dan hiasan bunga plum, mewakili keanggunan sang wanita. Bukan itu sahaja, poket di bahagian dalam juga mempunyai cop nama 'Kim Eun-Young' dan logo FENDI 'hand in hand'.

Seni anyaman warna-warni karya artis tekstil Natalie Miller untuk FENDI Baguette ‘hand in hand' edisi Australia

Untuk projek 'hand in hand' 2024, FENDI turut merisik artis tekstil Australia, Natalie Miller untuk mereka beg FENDI Baguette mengikut interpretasi kreatifnya sendiri. Cinta yang mendalam Miller kepada seni kraftangan, daripada konsepsi ke kolaborasi, menciptakan hasil tapestry yang cukup unik tanpa menggunakan sebarang peralatan.

Jitu kepada seni reka Australia, Miller memberi penghormatan kepada kecantikan alam semula jadi Southern Highlands menggunakan bulu Merino Australia yang diperoleh dari ladang tempatan di Tasmania, terkenal dengan tekstur bulu yang lembut dan luxurious. Kemudian, bulu tempatan ini diproses di Nundle Woollen Mill di New South Wales menggunakan mesin historikal 1900an.

Kontra dengan karya seni tipikal Miller yang terkenal dengan penggunaan warna-warna terang dan selalunya berskala besar, pendekatannya kepada Baguette adalah lebih halus. Palet warna neutral yang lembut dipilih dengan teliti untuk mencerminkan ladang-ladang dan pemandangan matahari terbenam keemasan di Southern Highlands. Melalui kesemua proses pembuatan yang sangat rumit merangkumi teknik tradisional seperti tenunan tabby, simpulan rya (teknik simpulan tradisional Australia) hinggalah ke hiasan tassel.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down