Langgan

Elle Fanning Terserlah dengan keseronokan untuk Kempen Coach Musim Luruh 2024.

Ia benar-benar menarik dan agak pelik.
2 minit untuk membaca
Published: September 15, 2024
coach elle fanning
Gambar: Instagram/ @coach

Keseimbangan antara mengekalkan keaslian jenama dan menerokai idea-idea baru yang belum pernah dicuba adalah satu seni yang mencabar. Untuk menarik perhatian generasi Z? Itu jauh lebih mencabar.

Namun, ini adalah cabaran yang difahami oleh jenama Amerika Coach, terbukti dengan keupayaan mereka untuk memberi wajah baharu untuk item ikonik dalam koleksi mereka. Coach dikenali sebagai jenama yang tahu bagaimana untuk melancarkan pembaharuan yang mengikuti trend, menyokong bakat baru dan menonjolkan sesuatu yang layak – sambil terus menonjolkan elemen menarik.

Baru-baru ini,  koleksi Musim Luruh 2024 dan kempen ‘Unlock Your Courage’ mendapat sokongan oleh beberapa nama besar yang terkenal.

Koleksi ini boleh digambarkan sebagai gabungan sempurna antara keseronokan dan gaya klasik (sinonim dengan nama Coach), serta inovasi yang mencuri perhatian. Ia menampilkan palet warna yang segar, corak eksentrik dan siluet yang berani. The Brooklyn Shoulder Bag yang dipamerkan oleh duta global baru Elle Fanning ini, adalah beg yang ideal untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Bersama Fanning dalam kempen ini ialah Charles Melton, Nazha, dan Storm Reid dari Euphoria. Mereka juga disertai oleh ahli keluarga Coach yang kembali semula seperti Jayson Tatum, Kōki, dan Youngji Lee. 

coach youngji
Gambar: Instagram/ @coach

Kempen yang penuh perasaan ini sama seperti bintang-bintang A-listers yang terlibat, memancarkan personaliti. Ia memperkenalkan koleksi melalui beberapa cerita unik (baca sebagai: pelik tapi menarik) yang disampaikan oleh duta masing-masing. Tema utama setiap video adalah pergerakan. Melalui pergerakan, bintang-bintang ini menemui keberanian untuk menerima gaya unik mereka yang tersendiri dan mengejar minat mereka dengan berani. Jelas, dapat disimpulkan bahawa dengan membawa beg tangan Coach dapat meningkatkan keyakinan diri.

Fanning, pelakon cantik ini duduk di bilik menunggu, kelihatan cemas dan terganggu (kawasan yang kurang dikenali bagi bintang yang sangat tenang). Tiba-tiba, dia merasakan beg tangannya bergerak ke kanan. Ia bergerak ke kiri. Dengan sendirinya, beg itu melayang melintasi bilik. Fanning secara bebas mempamerkan keanggunan baletnya sambil mengejar aksesori yang wajib dimiliki itu dengan penuh kecekapan. Akhirnya, dia berjaya dalam ujian tersebut. Ekspresi diri, kreativiti, dan beg tersebut menonjol dengan jelas.

Sementara itu, Charles Melton yang sentiasa berkarisma dan menawan mendapati dirinya gelisah sebelum temu janji. Akan tetapi, Beg League Flap Backpack yang ikonik mempunyai rancangan lain untuknya. Dia ditarik secara perlahan melalui lobi, lif, lorong-lorong dan bahkan dapur komersial sebelum dia bertemu dengan bakal kekasihnya. Selepas itu, dia memperoleh keyakinan sepanjang perjalanannya.

Persamaan mesej antara klip-klip ini adalah peringatan untuk bebas daripada konsep kesempurnaan dan sebaliknya menerima gaya individu dan ekspresi unik diri masing-masing.

Pelancaran kempen ini adalah kesinambungan daripada kempen ‘The Courage to Be Real’. Selaras dengan nilai teras jenama Amerika ini, platform ini mempromosikan inklusiviti dan mengajak individu untuk menjadi diri mereka sendiri dengan berani.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan membeli koleksi tersebut, kunjungi website Coach.

Artikel diterjemah dari ELLE Australia.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down