Menjadilah dia seorang wanita yang mempertentangkan seni rona dan corak dengan sekitaran yang ‘sibuk’ dalam 'Anti-Ambiguiti'. Disharmoni yang menyaingi diri dengan ruang dan menyirnakan tenggelaman. Biar memaksimumkan gaya, lantas dia bersinar.
Melenyapkan kesamaran gaya, biar menyerlah. Atmosfera yang nampak 'gelabut' tidak menenggelamkan diri. Pakai sesuatu yang melawan persekitaran, untuk menonjolkan diri. Baik dari aspek corak, rona lembut mahupun yang bertenaga terang dalam lembaran fesyen kali ini!

Gen Paradoks
Generasi wanita kini yang mencari keunggulan gaya menerusi aturan yang tidak bersempadan. Ronanya kontra, siluet serta sifatnya berbeza.
Jaket adang angin, tank top dan seluar pendek trek daripada SUPERDRY. Beg tangan daripada KATE SPADE NEW YORK. Kasut daripada CHRISTIAN LOUBOUTIN. Stoking milik penata gaya

Fantasi Humor
Corak keanak-anakan dan suntikan komedi meniadakan keseriusan dalam penampilan yang seiring kedewasaan. Mengapa tidak? Mencadangkan cita rasa yang beragam.
Kemeja T dan skirt daripada MOSCHINO. Gelang tangan daripada SWAROVSKI. Sniker daripada COACH

Sinar Natural
Pancaran rona natural dari fabrik, gemerlapan gabung padan neon bersama mahogani yang menjelmakan perwatakan wanita dalam ‘realma’ fesyen yang distingtif.
Blazer, kemeja dan seluar daripada MAX MARA. Gelang tangan daripada SWAROVSKI. Kasut daripada CHRISTIAN LOUBOUTIN

Kanvas Ilusi
Cuplikan gaya yang seumpama menyorot percanggahan tidak tersirat. Dress koktel bertemu baju kasual, aksesori glamor bersusun elok bersama kasut sukan. Namun… cohesive!
Kardigan kaitan, dress dan beg tangan daripada MARC JACOBS. Rantai, gelang tangan dan cincin daripada PANDORA. Sniker daripada COACH

Candy Girl
Rona manis bertimbangan dengan corak feminin umpama memesrai ruang serta latar, menerbitkan kelembutan pada gaya.
Dress kemeja (dipakai di dalam), dress, beg tangan, rantai, gelang dan cincin daripada KATE SPADE NEW YORK. Kasut daripada MANOLO BLAHNIK. Stoking milik penata gaya

Surealis Pastel
Padanan gaya pastel sebadan yang tidak seratus-peratus bersendikan kehalusan wanita. Tersisip imej sporty untuk menambah rancak pada penampilan.
Baju kaitan daripada POLO RALPH LAUREN. Seluar bermuda daripada BOSS. Rantai dan cincin daripada HABIB JEWELS. Kasut daripada CHRISTIAN LOUBOUTIN

Space Age
Gaya state-of-the-art – dengan aspek teknologi fabrication, keunikan rupa serta gabung padan rona di luar jangkaan (matte bersama metalik) – menyatakan keterserlahan.
Baju kaitan, skirt dan kasut daripada PRADA. Rantai leher daripada SWAROVSKI. Stoking dan cuff pergelangan tangan milik penata gaya

Street-Smart
Menghidupkan susuk jijak menerusi aliran gaya yang menemukan imej jalanan dengan sofistikated dan elemen kejutan sorokan rona terang.
Baju panas, beg tangan dan seluar daripada COACH. Kemeja (dalam) daripada MAX MARA. Kasut daripada MANOLO BLAHNIK

Antiplot
Wanita moden yang berani untuk mengaburi ‘konsekuen’, tidak secocok dengan latar. Penuh corak sebadan bersama aksesori berona terang untuk menonjolkan luarannya.
Dress, beg tangan dan kasut daripada GUCCI. Gelang tangan daripada SWAROVSKI. Stoking milik penata gaya

Razzle Dazzle
Curi perhatian! Tekstur pakaian sarat butiran peek-a-boo yang menayangkan kulit digabung padan bersama barang kemas yang membalikkan sinar.
Baju daripada BOSS. Barang kemas daripada HABIB JEWELS
Arahan Seni : Iera Nadzlim | Penataan Gaya : Ardi Idewani | Pembantu penyelaras : Athirah Zahra & Nurhani Natasha | Fotografer : Weeyang | Pembantu studio : Brandan Saviour | Solekan : Cat Yong | Dandanan : Yusof Ruzaimi | Model : Chaewon / Attitude Models | Lokasi : C For Cut, Kajang