Pada bulan Januari ini, Dior menghidangkan aksesori beg tangan yang melengkapkan gaya anda – yakni Dior Toujours yang kini tersedia di setiap butik!
Cita-cita Maria Grazia Chiuri menggergasi. Dia melestarikan kesejarahan, melanjutkan kelangsungan atribut dan memanifestasikan kebaharuan dalam rumah fesyen Dior. Simbol yang menjadi signifikan jenama Dior dan mencemerlangkan daya kreatif ateliers, yakni beg Dior Toujours terhias motif macrocannage serta disempurnakan oleh kemasan halus seperti charms ‘D, I, O, R’ yang seakan-akan merawat memori kita pada keghairahan Monsieur Christian Dior terhadap kualiti penangkal.
Musim baharu ini, beg Dior Toujours diperbaharui dan dipertingkatkan gayanya dalam versi vertikal, dengan gancu signature ‘CD’ yang mencirikan keunggulan rekaan. Sebagai representasi lambang aspirasi yang mencerminkan kebebasan, beg tangan ini menampilkan pemegang yang lebih membulat bentuknya dan boleh dilaraskan. Memvariasikan penggayaan, baik untuk dipegang seperti biasa mahupun diletakkan pada bahu. Mencadangkan gaya sofistikated atau menjurus kepada nada kasual.
Beg Dior Toujours ini tersedia dalam rona hitam dan krim pudar untuk saiz medium serta merah jambu muda, latte Dior dan kelabu batu untuk saiz kecil.
Bangkit kepuasan saat memakainya, mendorong kepada rasa untuk kelihatan elegan dan memerikan kemewahan dalam penampilan. Serasi dengan wanita-wanita masa kini yang bukan sahaja kenal erti fesyen, malahan faham bagaimana mahu menyerlahkan sisi versatility.