Langgan

Diari Editor: Sentuhan Massimo Dutti di Minggu Fesyen Milan

Palet warna lembut dan potongan sempurna daripada Massimo Dutti.
2 minit untuk membaca
Published: March 18, 2025

Milan Fashion Week sememangnya terkenal sebagai salah satu minggu paling sibuk dalam kalendar fesyen – hiruk-pikuk jadual yang padat, jemputan yang tidak putus-putus dan tekanan untuk tampil stylish di setiap acara. Untuk mengurangkan stres ini, saya mengunjungi Massimo Dutti bagi melengkapi sebahagian daripada wardrobe saya sepanjang minggu tersebut.

Massimo Dutti, jenama dari Sepanyol terkenal dengan estetika yang chic dan halus. Ditubuhkan pada tahun 1985, ia telah membina reputasi dengan menawarkan helaian understated elegance yang diperbuat daripada material berkualiti tinggi, gabungan keanggunan moden dengan sentuhan jahitan klasik. Koleksinya merangkumi pelbagai helaian asas yang elegan dan rekaan kontemporari, sesuai untuk mencipta gaya yang tampak rapi dan sofistikated. Untuk ke Milan, saya memilih rangkaian keperluan musim bunga seperti jaket ringan, helaian berasingan yang bergaya dan gaun pleated. Palet warna lembut dan potongan sempurna daripada Massimo Dutti memudahkan saya mencipta gaya yang terasa effortless, memastikan saya bersedia untuk menghadapi minggu yang sibuk dengan keyakinan dan ketenangan.

Look 1

Massimo Dutti

Saya memulakan minggu ini dengan chic separates yang menggabungkan gaya dan fungsi. Oleh kerana cuaca agak dingin, saya memilih trench coat pendek yang ringan tetapi kalis air, sesuai untuk dipakai berlapis. Potongannya yang terstruktur menambah sentuhan kemasan yang rapi, manakala tona hijau gelap yang mendalam memudahkan ia dipadankan dengan pelbagai helaian lain.Untuk melengkapi forest green trench coat ini, saya memilih skirt midi linen dalam rona olive green. Fabriknya yang ringan dan bernafas memberikan aliran yang lembut dan semula jadi, sementara palet hijau lembut menyatukan keseluruhan gaya dengan harmoni. Hasilnya? Penampilan yang rapi tetapi tetap santai, sesuai untuk menghadapi jadual yang sibuk.

Massimo Dutti

Trench Coat Pendek, RM929

Linen Blend Midi Skirt with Flounce, RM599

Look 2

Massimo Dutti

Memilih set ini sememangnya keputusan yang mudah sebaik sahaja saya melihatnya di butik. Kilauan halus rhinestone terus menarik perhatian saya. Walaupun dijual sebagai helaian berasingan, saya tahu ia akan mencipta impak yang kuat apabila digandingkan bersama, menghasilkan penampilan yang serasi dan penuh keyakinan.Apa yang saya paling suka ialah fleksibiliti set ini. Setiap helaian cukup kukuh untuk dipadankan secara berasingan mengikut mood saya. Top berhias rhinestone boleh dipadankan dengan denim klasik untuk gaya santai tetapi tetap elevated, manakala skirt berhias boleh dipadankan dengan kemeja putih yang rapi untuk sentuhan yang lebih refined.

Cotton Blend Rhinestone Top, RM669

Cotton Blend Rhinestone Midi Skirt, RM729

Look 3

Dress ini terus mencuri perhatian saya dengan gabungan unik skirt pleated dan bahagian atas wraparound yang memberikan sentuhan kontemporari pada siluet klasik. Rekaan ini bukan sahaja menyerlahkan bentuk badan dengan cantik , malah memberikan kesenangan kerana saya tidak perlu memikirkan tentang memadankan bahagian atas dan bawah. Fabriknya yang ringan memastikan saya kekal selesa sepanjang hari, walaupun jadual saya padat.

Untuk menambahkan sedikit elemen rugged pada gaya ini, saya padankan dress ini dengan jaket kulit hitam kepunyaan saya sendiri. Kontras antara garis feminin gaun dan tekstur kasar jaket kulit mencipta keseimbangan yang chic dan edgy. Jaket ini bukan sahaja memberikan kehangatan pada saat cuaca menyejuk, tetapi juga memperkenalkan lapisan serba guna yang membolehkan gaya ini bertukar daripada gaya siang ke malam dengan mudah.

Pleated Midi Dress

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down