Sudah lebih dua dekad Crocs bertapak dalam dunia fesyen, kekal sebagai jenama ikonik yang terus relevan dan tidak pernah lapuk dek zaman. Dan semuanya bermula pada tahun 2016 apabila pereka fesyen Christopher Kane memperkenalkan versi Crocs bermotif marmar lengkap dengan Jibbitz kristal geode di Minggu Fesyen London. Kini, lebih berani daripada sebelumnya, Crocs melancarkan dua koleksi baharu penuh gaya — dan percayalah, anda pasti tak mahu lepaskan peluang untuk dapatkannya!
Koleksi Marimekko x Crocs
Kolaborasi istimewa ini akan menampilkan corak ikonik Unikko Marimekko pada clog dan sandal klasik Crocs. Untuk kolaborasi ini, jenama Finland itu ingin meneroka cara baharu dalam menginterpretasi corak bunga tersebut.
“Kerjasama kami dengan Marimekko menonjolkan nilai-nilai bersama yang menjadi teras kedua-dua jenama — ekspresi diri yang berani, keaslian tanpa kompromi, dan individualiti yang tidak berbelah bahagi,” kata Matias Infante, Naib Presiden Pemasaran Global Crocs. “Bersama-sama, kami meraikan kuasa personalisasi, mewujudkan ruang di mana keselesaan bertemu keyakinan, dan di mana setiap individu diberi kuasa untuk menzahirkan diri mereka yang sebenar tanpa sebarang kompromi,” tambahnya lagi.
YOUR CROCS. YOUR STORY. YOUR WORLD
Crocs kembali dengan Season 2 Crocs Universe, kali ini tampil lebih ceria, ekspresif dan personalized berbanding sebelumnya. Kempen terbaharu ini memperkenalkan babak baharu yang cukup menarik buat para peminat Crocs di seluruh dunia—dengan fokus pada gaya-gaya segar, naratif yang berani dan palet warna yang paling memukau setakat ini.
Daripada tona neutral lembut sehinggalah ke warna-warna berani, pastinya ada gaya untuk setiap mood dan gaya. Sama ada anda tampil santai dengan rona minimal atau menyerlah dengan pastel yang mencuri tumpuan, Crocs memberi kuasa kepada anda untuk mengekspresikan diri.