Langgan

Couture, Couture, Couture: Teka-Teki Waktu, Tentang Revolusi & Semak Kemanusiaan

COUTURE WEEK - Bersama Valentino, Chanel, Dior!
2 minit untuk membaca
Published: April 30, 2025

Menyemak semula persembahan tiga jenama yakni Valentino, Chanel dan Dior yang mementaskan couture bulan Januari yang lalu. Membedah apa yang terkandung dalam akal budi kompleks Alessandro Michele untuk Valentino, memahami perspektif retrospeksi Maria Grazia Chiuri untuk Dior dan mengenal 'karna' apa yang cuba disampaikan serta diubah oleh Chanel.

Parataksis Poetic Umberto Eco

couture

Alessandro Michele menengok pengertiannya terhadap cepu fikir ahli semiotik, Umberto Eco, yang menghebahkan bahasnya dalam mentafsirkan keupayaan sesebuah naratif tentang mencongak penyenaraian. Baik benda, benda hidup mahupun fenomena – yang sentiasa seiring sejalan dengan sejarah kemanusiaan. Sangat ‘dalam’ untuk dikaji oleh pemahaman kasar, namun Alessandro mencelikkan akal, memahaminya dan menterjemahkan ia dalam himpunan Haute Couture Valentino musim bunga/panas 2025. Gandingan dua dimensi yang bertentangan, namun saling melengkapi. Alessandro bermain dengan aspek asosiasi, mengaitkan kepelbagaian dalam jalinan cerita rekaan-rekaannya. 

Menyisi Hitam, Merangkul Rona

couture

Chanel umpama Ikhlas menunjangi citra warna-warni serta revolusinya dalam himpunan Haute Couture musim bunga/panas 2025. Bukan mahu meranapkan hitam sepenuhnya (yang agak radikal penggunaannya oleh Gabrielle Chanel), couturière di Chanel cuma berhajat untuk menganjakkan paradigma dan membuktikan Gabrielle Chanel juga seorang pencinta warna-warni, tidak gentar menggarap kepelbagaian rona dalam rekaan-rekaannya. Bersaksikan pentas yang dibangunkan oleh visual ‘double C’ di Grand Palais, tiada istilah ekawarna terlihat. Sebaliknya, ‘ketirisan’ variasi rona menyimbah pentasnya. Putih, pastel, rona-rona terang, gelap kebiruan semuanya menggambarkan barisan rekaan berdasarkan konsep siang ke malam. 

Gangguan Lampau Dengan Yang Kini

couture

Konsep throwback mengharmonikan pentas Haute Couture Dior musim bunga/panas 2025. Yang lampau dan yang semasa tersimpan rapi dalam pojok kandungan fikiran Maria Grazia Chiuri, yang dicungkil untuk menghasilkan sartorial memory. Maria sepertikan menaruh rasa hormat pada tatacara kreativiti di balik setiap rekaan – memandang aspek kreativiti dari abad terdahulu, ‘menggendala’ ia dengan perubahan yang berhujung dengan persoalan sama ada dimensi rekaan-rekaannya adalah untuk masa lampau atau masa hadapan. Himpunan ini merobohkan benteng realiti, membebaskan pandangan kita pada suatu fantasi. 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down