Langgan

CLUB21 Lab - Hab Baharu Komuniti Fesyen KL

Fashion Chaos
2 minit untuk membaca
Published: December 24, 2025

CLUB21 Lab memperkenalkan era baharu beli belah terkurasi melalui stor multi-label di The Shoppes at Four Season Place KL. 

club 21 malaysia

CLUB21 Lab, satu konsep stor multi-jenama terbaharu kini membuka pintu di The Shoppes at Four Seasons Place KL. Acara pelancaran diadakan uber cool dengan menghimpunkan komuniti fesyen Kuala Lumpur termasuk pempengaruh media sosial, rakan industri serta pereka fesyen tempatan.

Pelancaran ini membuktikan komitmen CLUB21 Lab dalam menyokong bakat tempatan dan meraikan kreativiti serantau. Tetamu berpeluang meneroka himpunan kurasi lebih 20 jenama, merangkumi label muda Asia dari Thailand dan Korea, di samping pereka Malaysia tempatan. Sekali gus menandakan kali pertama CLUB21 mengalu-alukan jenama tempatan ke dalam kelabnya.

Amirul Danial
Nina Arif, Tisya Ong dan Amirul Danial
ekya farhana
Ellya Keesha, Iman Alysha dan Ekya Farhana
Suganya
Nia Atasha, Suganya dan Alton Ang

Para pengunjung turut menjelajah sudut-sudut stor yang instagrammable dan fotogenik, direka sebagai konsep ‘poket’ yang berbeza:

Grab & Go — Keperluan asas mudah dan kemeja-t harian untuk penggayaan tanpa usaha. Ambil dan terus pakai.

Hearts Store — Rekaan feminin dan ceria menampilkan gaun manis serta gaya pernyataan yang comel.

Beach Club — Aura pulau yang santai dengan siluet percutian dan daya tarikan kasual.

Denim Bar — Zon denim khas yang disuntik tenaga cool ala kedai piza, dengan sentuhan santai.

Asia Talents — Pilihan terkurasi jenama Asia, dengan tumpuan kuat kepada pereka Malaysia dan bakat tempatan.

Sorotan Jenama Tempatan

asia talents

CLUB21 Lab juga menampilkan label Malaysia termasuk All Love, Anaabu, ayaaya, Ghostboy dan SHALS. Ini mengukuhkan komitmen mereka dalam memupuk serta mengangkat suara fesyen tempatan.

Stor ini juga menempatkan jenama pilihan dari Thailand dan Korea. Termasuk label niche Thailand seperti Rally Movement, Mitr dan IAMIAM, dengan Pace Shoes serta Dry Clean Only bakal dilancarkan tidak lama lagi. Jenama Korea kegemaran ramai seperti Carlyn, Margesherwood dan Rest & Recreation turut memperkayakan kepelbagaian pilihan jenama.

Melalui CLUB21 Lab, CLUB21 terus mencabar sempadan dengan menawarkan platform terkurasi yang segar, memperjuangkan kreativiti, menyokong bakat serantau, serta mengajak pelanggan meneroka fesyen dengan cara yang lebih ekspresif dan berteraskan pengalaman.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down