Langgan

'Class of Cool': Wajah Fesyen Terkini di Kuala Lumpur

Kenali generasi baharu yang mengubah wajah fesyen Kuala Lumpur.
3 minit untuk membaca
Published: May 24, 2025

Kuala Lumpur sememangnya sebuah kota yang penuh gaya. Daripada kehangatan streetwear di Bukit Bintang sehinggalah ke siluet sofistikated di pentas Kuala Lumpur Fashion Week, denyut nadinya sentiasa berirama fesyen. Namun hari ini, ia bukan lagi sekadar tentang penampilan. Fesyen di KL kini menjadi medium ekspresi diri, budaya dan keyakinan. Kota ini sedang diambil alih oleh generasi baharu yang tidak sekadar mengikut arus, mereka mencipta gelombang tersendiri.

Di sebalik kepelbagaian ekspresi fesyen yang mereka bawa, wujud satu benang merah yang menghubungkan mereka semua: Coach. Dengan rekaan beg yang ikonik dan sentuhan street style yang moden, jenama ini menjadi aksesori pilihan bagi mereka yang berani menonjolkan identiti tersendiri.

Berikut senarai eksklusif ‘Class of Cool’ pilihan ELLE, wajah-wajah muda yang membuktikan bahawa KL bukan sekadar kota bergaya, tetapi sedang melalui kebangkitan fesyen yang paling mengujakan.

Dengan gaya yang sentiasa berubah dan cita rasa yang unik, Yaya menggabungkan elemen streetwear dan ketelitian perincian dalam setiap penampilannya. Sebagai pengasas jenama Asly, dia menginspirasi generasi baru untuk mengekspresikan diri melalui fesyen. Di sini, dia menggayakan kemeja-T berjalur Cropped Cursive Coach bersama skirt knit Heritage C, dilengkapkan dengan beg Quilted Tabby dalam rona Dark Ruby. So chic!

Wajah baharu yang perlu diberi perhatian. Leeloo terkenal dengan video TikTok serta kreativiti mengolah gaya DIY. Tenaga muda dan ekspresi fesyen yang tidak terikat pada norma menjadikannya inspirasi stail Gen Z sekarang. Untuk menampilkan aura gadis artsy, dia menggayakan jaket Coach boucle merah bersama skirt tulle yang menyerlahkan sisi feminin dirinya. Gaya ini disempurnakan dengan Coach Soft Grain Chain Tabby Shoulder Bag yang elegan.

Alex Ho mula meraih perhatian di TikTok menerusi tarian K-pop yang bertenaga dan video komedi yang mencuit hati. Apa yang bermula sebagai kandungan santai kini berkembang menjadi kerjaya tari yang juga membawa peluang kolaborasi bersama jenama-jenama ternama. Dengan personaliti manis dan ceria serta aura pentas yang memikat, Alex terus menawan hati khalayak pelbagai latar. Di sini, dia menggayakan Sketch-Print Sweater Vest bersama Sketch-Print Chain Tabby Shoulder Bag, menyuntik sentuhan yang segar pada penampilannya.

Produser muzik yang bekerjasama dengan nama besar termasuk artis K-pop dan kumpulan tempatan DOLLA ini juga seorang ikon gaya. Sentuhan Korea dalam stailnya menjadikannya seorang ‘creative’ yang tidak hanya berbakat dalam muzik, tetapi juga dalam fesyen. Gaya ini jelas terserlah melalui pilihannya: Souvenir Jacket, kemeja camp Signature Jacquard dan Soft Grain Chain Tabby Shoulder Bag daripada Coach yang melengkapkan keseluruhan penampilan.

Sebagai pereka fesyen yang pernah membuat debut di Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Ainaa dikenali dengan sentuhan rekaan yang versatil dan androgynous. Gaya kasual yang genderless menjadi identitinya, mencerminkan arus baharu fesyen Malaysia yang lebih inklusif, bebas dan ekspresif. Seperti yang dijangka daripada stail peribadinya, Ainaa menggayakan blazer single-breasted Coach bercorak dengan seluar padanan, dilengkapkan dengan Washed Denim Chain Tabby yang menambah karakter pada keseluruhan penampilan.

Manis dan penuh pesona, Mek Yun dikenali dengan digital content yang relatable serta aura girl next door. Gayanya yang santai dan keperibadian yang tulen menjadikannya antara suara berpengaruh dalam dunia fesyen digital hari ini. Untuk penampilan kali ini, dia menggayakan Coach Bow Party Top bersama seluar denim biru daripada koleksi Wanita Musim Bunga/Panas 2025, dilengkapkan dengan Patchwork Denim Tabby yang menyerlahkan keunikannya.

Nina Amin merupakan model yang sedang melonjak naik serta wajah popular dalam majalah editorial. Kali ini, dia memukau dengan gaya ‘model off-duty’, lengkap dengan Coach Collarless Leather Jacket dan beg Glazed Empire Carryall 34.

Leslie Png adalah seorang content creator dan jurugambar serba boleh yang turut mengendalikan ruang kreatif miliknya sendiri, Studio Things. Seorang pengembara sejati, sama ada di Berlin mahupun Melbourne, Leslie sentiasa mencari inspirasi baharu di setiap destinasi. Pesona boyishnya jelas terpancar dalam gaya ini, lengkap dengan Sleeveles Coach Surf T-Shirt, Soho Sneakers dan Chain Tabby Bag yang menyerlahkan elemen ceria.

Joe Shiang terus mencuri perhatian sebagai content creator yang mahir menyusun gaya melalui tutorial fesyen. Muka yang familiar dalam dunia fesyen dan kecantikan tempatan, Joe menyerlah dengan pendekatan stail versatil yang sentiasa relevan. Untuk gaya kali ini, dia menyarung Coach New York Souvenir Jacket, Leather Shorts bersama beg galas Charter, padanan yang mencerminkan sentuhan maskulin yang bersahaja.

Berkarisma dan ketinggian persis model, Gajen menghidupkan setiap helaian yang digayakannya. Sebagai pengasas jenama kecantikan Chandra Skin, dia membuktikan bahawa cita rasa fesyen dan semangat keusahawanan boleh bergerak seiring. Gaya peribadinya cukup versatile. Kali ini, dia tampil dengan gaya ‘school cutie’ yang segar menerusi padanan sweater argyle Coach, kemeja Oxford, Soho Sneakers dan beg galas Charter dalam rona Dark Ruby.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down