Dalam masa dua minggu lagi, akan kita rasai euforia musim perayaan Lunar yang menjunjung tahun ular – menjabarkan makna untuk meraikan transformasi, pembaharuan dan perkembangan spiritual. CELINE sama-sama merayakan pesta Tahun Baru Cina ini dengan berdagang diri ke benua China dan memilih Shanghai sebagai medan destinasinya.
CELINE memesrai Tahun Baru Cina dengan menyunting dua figura ternama asal China, yakni Li Gengxi dan Sun Qian sebagai duta jenama untuk musim perayaan bulan ini. Semangat keraian tak kunjung padam, CELINE memilih untuk berkelana jauh ke Shanghai Science Hall, yang tersergam di daerah Huangpu di China dan memotret kedua-dua bintang ini di sana.
Berlatarkan sudut hiasan dalaman bersifat Art Deco, Li Gengxi dan Sun Qian bergaya sakan dalam himpunan kapsul Tahun Baru Cina daripada CELINE. Kedua-dua mereka dipersiapkan dalam helaian-helaian pakaian sedia pakai – rangkaian tailored, material kulit dan two-piece sets. Aksesori-aksesori seperti Nino Bag, tali pinggang Triomphe, topi, kaca mata hitam serta barang kemas untuk gaya malam muncul sebagai penyempurna gaya Li Gengxi dan Sun Qian. Beg sandang Bonnie pula ditampilkan dalam fabrik kanvas Triomphe dengan simbahan rona putih, hitam dan biru.
Beg CELINE Bonnie, ideal untuk gaya harian
Ideal. Dan selesa. Melanjutkan sedikit bicara tentang beg sandang Bonnie daripada CELINE, rangkaian aksesori ini diperbuat daripada material kulit anak lembu lembut dengan kemasan berkilau. Menyeimbangi dua aspek dalam rekaan : kelembutan dan berstuktur. Membuatkan beg sandang ini sangat selesa saat ia dibawa dan digayakan. Lantas, ianya ideal untuk penggunaan harian.
Debut pada bulan Januari 2025, beg sandang Bonnie tersedia dalam empat rona utama yang menjadi pilihan. Yakni Ice Blue, Black, Rice dan Nude, berserta versi Triomphe Canvas. Proses ciptaannya juga unik. Dengan menggunakan teknik ‘sewn-back’ yang membabitkan jahitan panel material kulit pada bahagian belakangnya, kemudiannya diterbalikkan bagi memperlihatkan bahagian yang seamless. Looks clean, seakan-akan menyelindung jahitan. Bahagian dasarnya menggunakan teknik raw-edge, yang membantu mengekalkan bentuknya.