Oscars kini kembali lagi dan menjadi bukti bahawa karpet merah bukan sekadar laluan menuju kemenangan tetapi juga medan ekspresi gaya dan identiti. Selebriti-selebriti ini bukan sahaja meraikan seni perfileman, tetapi juga keindahan dunia fesyen. Jom lihat lebih lagi gaya yang paling menyerlah di karpet merah Oscars tahun ini.
Demi Moore
Sentuhan Elegan dari Giorgio Armani yang dipakai oleh Demi Moore, pemenang Golden Globes 2025 dari filem popular “The Substances”. Gaun yang dipakai memberikan aura yang kelihatan mewah menjadikan penampilan Demi lebih menawan dan classy!
Margaret Qualley
Gaya minimalis dengan sentuhan vintage dari Chanel dibawa oleh Pelakon cantik, Margaret Qualley. Dengan potongan gaun yang low back, sesuai dipadankan dengan aksesori seperti rantai yang dipakai secara terbalik dan anting-anting serasi dari Chanel menyerlahkan lagi keanggunan dirinya.
@glamouruk #MargaretQualley wears #Chanel dress and fringe necklace on the #Oscars2025 red carpet 💎 #Oscars #97thacademyawards #TheSubstance #TheOscars #margaretqualleyedit ♬ sonido original - 🙁
Lisa
Lisa hadir dengan pilihan yang lebih berani dan unik apabila menggayakan tuxedo dress dari rekaan Mark Gong. Konsep tuxedo yang diolah menjadi gaun memberi keseimbangan antara gaya maskulin dan feminin, menampilkan imej moden serta penuh keyakinan.
@vogueitalia #lisa sul red carpet degli #oscar2025 ♬ Breakin dishes - Megan ★
Lily-Rose Depp
Lily-Rose Depp sekali lagi membuktikan bahawa gaya klasik yang timeless. Kali ini, Lily memilih gaun renda dari Chanel yang membawa sentuhan romantik dan elegan. Potongan yang ringkas tetapi sofistikated menjadikan penampilannya tampak effortlessly chic.
@vogueitalia #lilyrosedepp sul red carpet degli #oscar2025 ♬ Shameless - reavesaudios
Ariana Grande
Sesuai dengan wataknya sebagai Glinda dalam filem Wicked, Ariana Grande tampil anggun dalam gaun merah jambu lembut rekaan Schiaparelli. Potongan beralun gaun ini memberikan ilusi bak puteri, melengkapkan gaya yang dibawa oleh Ariana ke Oscars tahun ini.
Cynthia Erivo
Cynthia Erivo memilih busana dramatik dari Louis Vuitton, menampilkan rekaan yang luar biasa namun tetap mengekalkan elemen elegan. Gaun ini bukan sahaja memancarkan gaya mewah tetapi juga menonjolkan keberanian Cynthia di pentas fesyen.
Zoe Saldaña
Zoe Saldaña menyerlah dalam gaun berwarna maroon dengan rekaan bertingkat dari Saint Laurent. Keunikan gaun ini terletak pada gabungan mesh glove yang memberikan kontras warna yang menarik dan menjadikan Zoe antara salah satu selebriti yang menyerlah di malam Oscars ini.
@vogueitalia #zoesaldana sul red carpet degli #oscar2025 ♬ original sound - Ibiza Records
Mikey Madison
Oscars Best Actress 2025, Mikey Madison mengenakan busana vintage dari Dior. Gaun ini mengingatkan kita kepada gaya anggun dari filem klasik Breakfast at Tiffany’s, memberikan sentuhan nostalgia yang mempersona.

Selena Gomez
Selena Gomez tampil memukau dalam gaun dari Ralph Lauren yang dipenuhi perincian manik berkilauan. Padanan aksesori yang juga penuh dengan elemen sparkle menjadikan penampilannya lebih segar, glamor, dan berseri-seri di karpet merah.
Doja Cat
Seperti biasa, Doja Cat tidak gentar bereksperimen dengan fesyen. Kali ini, dia memilih gaun leopard print dari Balmain yang memberi efek seksi dan berani. Rekaan unik ini menonjolkan keperibadiannya yang edgy, menjadikannya salah satu selebriti paling ikonik di Oscars 2025.
