Melayar, berlabuh di kota Kuala Lumpur. Pencinta-pencinta fesyen lokal berpeluang menerokai etos keluarbiasaan dan kualiti distingtif ready-to-wear Marc Jacobs, yang kini mendatangi hab fesyen utama Malaysia!

Sifat peka Marc Jacobs terhadap aspek unik serta luar biasa dalam nada rekaan-rekaannya meresap ke dalam jiwa. Mempertingkatkan kelaziman, menjangkaui akal, kreativiti yang tak diduga dan mementingkan distingtif. Apalagi masuk ke era baharu musim bunga 2025, Marc Jacobs menambat kalbu pencinta-pencinta fesyen lokal dengan menyeratakan juang rekaan-rekaannya yang kini bertumbuh di kota Kuala Lumpur – asemblaj pakaian sedia pakainya kini didapati di Seibu, The Exchange TRX. Lantas, menyemarakkan lagi jalinan cerita arena fesyen lokal kita.
Sebarisan 22 gaya pakaian sedia pakai Marc Jacobs tersedia di Seibu, The Exchange TRX. Daripada jaket trucker yang mula diperkenalkan ketika musim luruh 2024 sehingga baju panas crewneck T Trompe Lóeil, yang menjadi wadah pilihan untuk mengatur rangka penggayaan. Mencetus gelombang gaya serupa cita rasa anak-anak muda dan mendekati estetika yang setujuan dengan generasi masa kini. Setiap helaian pakaian sedia pakainya cukup versatile dan tidak menyulitkan penampilan, pasti memvariasikan pakaian anda.
5 Ready-To-Wear Marc Jacobs Mesti Milik!
Cable Knit Charm Cardigan

Baju kardigan material kaitan yang berona biru muda, diperbuat daripada ultra-soft wool. Jika mengamati rekaannya, ia sangat versatile untuk digayakan – front-to-back atau back-to-front. Potongan bajunya juga relaks dengan keunikan butang bersama charms serta batu permata yang saling tak berpadan.
Runway Charm Shirt (Bow pink)

Siluet button-up yang paling laris dalam koleksi Marc Jacobs. Kemeja ini dicipta dengan menggunakan denim lembut yang disempurnakan oleh motif-motif cetakan archival Marc Jacobs charms, butang logam logo khas dan kerongsang permata yang diinspriasikan daripada pentas peragaan.
The Cap (Black)

Aksesori harian daripada koleksi ‘THE.’ yang disuntik estetika mewah klasik Marc Jacobs. Material topi ini tahan lama, diilhamkan daripada siluet ikonik Tote dan menampilkan butiran sulaman nama jenama yang timbul.
Sequin Daisy Wide Leg Shorts (Vintage Indigo)

Sifatnya menggambrkan ciri maskulin. Seluar pendek denim indigo mid-wash potongan A-Libe ini diinspirasikan daripada pentas peragaan Marc Jacobs. Dengan kemasan butiran berjumbai pada hujung kaki seluar, berserta lima poket dan closure butang logam logo khas.
Trompe Lóeil T-Shirt Dress (Black & White)

Dress kemeja T dengan sentuhan sofitikated ini menampilkan motif Trompe L’oeil, bahagian leher lebar dan potongan siluetnya bersaiz besar. Diinspirasikan daripada archival charm designs, motif-motif runway-inspired dan cetakan pelekat bermusim.