Langgan

Move Over, Leopard. Bambi Is Having A Moment.

Daripada Mob Wife kepada Bambi Girl, dunia fesyen kini memasuki era yang lebih soft.
2 minit untuk membaca
Published: September 10, 2026

Animal print sememangnya tidak pernah benar-benar meninggalkan radar fesyen. Leopard, zebra, snake dan cow print silih berganti menjadi kegilaan, masing-masing membawa karakter tersendiri. Namun, selepas beberapa musim yang dipenuhi corak berani dan estetika maximalist, 2026 seakan-akan mahukan sesuatu yang lebih tenang. Kenali deer print, corak berbintik halus yang diinspirasikan daripada bulu anak rusa sebagai animal print baharu yang mencuri perhatian dunia fesyen pada 2026.

Bambicore

Nama Bambicore mungkin kedengaran comel, tetapi trend ini sebenarnya mempunyai daya tarikan yang cukup sophisticated. Berbanding leopard yang dramatik atau zebra yang grafik, corak rusa menawarkan kontras yang lebih rendah. Bintik-bintik kecil dan tidak sekata pada rona tanah menjadikannya kelihatan hampir seperti tekstur, bukan sekadar corak yang mahu mencuri perhatian.

Malah, inilah yang membuatkannya begitu mudah dipakai.

Ia boleh digandingkan dengan putih krim, denim, coklat gelap, hitam, olive atau rona lembut lain tanpa kelihatan terlalu busy. Dalam erti kata lain, Bambi print berfungsi seperti neutral baharu: cukup untuk memberikan karakter kepada sesuatu penampilan, tetapi tidak sampai menguasainya.

Apabila Quiet Luxury Bertemu Hutan Fantasi

Trend ini berada di antara quiet luxurycottagecore dan sedikit nostalgia—tanpa perlu menjadi terlalu literal. Ia mempunyai kelembutan coquette, rustic dressing dan kemasan minimal yang menjadikannya relevan untuk wardrobe moden. Bayangkan tekstur faux fur, knitwear yang lembut, kulit berona coklat, suede dan siluet yang santai. Semuanya dalam palet bumi yang seolah-olah diambil terus daripada hutan pada musim luruh.

Namun, rahsianya adalah tidak menjadikan penampilan terlalu costume-yBambicore paling menarik apabila elemen romantiknya diseimbangkan

Cara Memakai Bambi Print Tanpa Kelihatan Terlalu ‘Cute’

Jika full-look deer print terasa sedikit berlebihan, mulakan secara kecil. Sebuah beg, skaf atau kasut sudah cukup untuk memberi sentuhan Bambicore kepada penampilan. Untuk sesuatu yang lebih statement, pilih jaket atau kot bercorak rusa dan padankan dengan jeans longgar serta kasut bertumit bagi mencipta kontras antara lembut dan struktur.

Untuk pendekatan yang lebih minimal, anggap Bambi print sebagai neutral baharu. Padankan dengan kemeja putih oversized, blazer hitam, denim biru atau knitwear rona coklat. Dan jika mahu sedikit warna, olive, burgundy atau terracotta boleh memberikan dimensi tambahan tanpa menghilangkan kelembutan corak tersebut.

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down