Sesudah menonton finale siri ‘The White Lotus’ musim ketiga, penghabisannya membekas juga dalam fikiran. Bangkit rasa sebal hati terhadap Belinda (lakonan Natasha Rothwell) kerana dilihat tamak dan sanggup meninggalkan Pornchai (lakonan Dom Hetrakul). Tidak kurang juga rasa hampa lekas terbit dalam hati kerana Piper (lakonan Sarah Catherine Hook) akhirnya tidak mengidamkan gaya hidup serba ringkas dan sebenarnya, dia hanyalah privileged child.

Seperkara tentang siri ‘The White Lotus’ adalah penggayaan atau kostum watak-wataknya. Meneropong setiap gaya watak, penata kostumnya, Alex Bovaird bijak dalam menyelaras look berasaskan persona masing-masing. Victoria Ratliff (lakonan Parker Posey) tampil melambangkan arketaip WASP kala bercuti – fikirkan kaftan, dress-dress flora, siluet lembut. Kemunculan Chloe (lakonan Charlotte Lebon) pula terlihat mencerminkan imej wanita moden, kerana karakternya adalah seorang bekas model. Pertumpuan Alex juga tidak menyisihkan aksesori yang dipakai oleh setiap watak, terutama sekali jam tangan yang disarung oleh famili Ratliff.
Contohnya, watak Timothy (lakonan Jason Isaacs) yang menggayakan jam tangan Rolex kerana mahu melambangkan statusnya yang berwang. Watak anaknya, Lochlan (lakonan Sam Nivola) pula menyarung jam tangan Omega X Swatch Moonswatch yang umpama menyatakan kadar kemampuannya sebagai anak remaja.

Melanjutkan bicara fasal episod finale musim ketiga, apa watak-wataknya pakai pula kali ini? Jenama apa? Antara yang mencuri perhatian adalah bikini top Zimmermann berona kuning yang Kate (lakonan Leslie Bibb) pakai dalam babak klimaks ketika Rick (lakonan Walton Goggins) menyerang Jim Hollinger). Kelihatan cantik, apalagi ia dipadankan bersama seluar wide leg kuning yang menyempurnakan keseluruhan rupa. Dress berona cobalt blue daripada jenama Waimari yang dipakai oleh Piper juga menambat perhatian kerana ia umpama membuat statement bahawa Piper bukanlah seorang yang sanggup hidup bersederhana dan dia adalah seorang mommy’s princess.

Di samping itu, apa lagi gaya-gaya atau jenama-jenama lain yang muncul dalam episod finale kali ini? Ayuh, kita lihat beberapa yang menjadi pilihan ELLE.



