Dari rona terang yang mencuri perhatian hingga warna klasik yang menjadi kegemaran ramai, pemilihan warna dan siluet memainkan peranan besar dalam menyerlahkan gaya sempena perayaan yang penuh kegembiraan ini. Dengan koleksi kaca mata hitam dari Essilor Luxottica yang menampilkan warna-warna menawan serta perincian unik, sempurnakan gaya Syawal anda dengan sentuhan fesyen yang penuh gaya dan versatil.
Kaca Mata Berona Terang
Raya adalah masa terbaik untuk bereksperimen dengan aksesori yang berani dan penuh warna! Sepasang kaca mata berona terang boleh menjadi pelengkap sempurna untuk OOTD Aidilfitri anda. Sama ada koleksi Miu Miu ‘Miu Regard’, Vogue Eyewear Studio atau Oakley Masseter, setiap satunya menawarkan warna menarik yang sesuai untuk pelbagai suasana sepanjang musim perayaan ini.
Dengan sinaran matahari yang memancar sepanjang Syawal, kaca mata hitam bukan sahaja berfungsi melindungi mata, tetapi juga menambah elemen glamor yang menyerlahkan gaya anda dalam setiap perjumpaan keluarga dan kawan--kawan.


Bingkai yang Memukau
Jika anda ingin tampil mempersona pada Aidilfitri ini, kaca mata dengan bingkai yang memukau adalah pilihan terbaik! Prada Symbole hadir dengan rekaan yang unik dan elegan, sesuai bagi mereka yang ingin menyerlahkan gaya fesyen yang sofistikated.
Bagi yang menggemari gaya klasik dengan sentuhan moden, Ray-Ban Mega Clubmaster Liteforce memberikan elemen dramatik kepada siluet ikonik Ray-Ban. Manakala Oakley Sphaera Slash memastikan anda menjadi tumpuan di kampung halaman dengan reka bentuk yang penuh gaya. Untuk pilihan yang serba boleh dan praktikal, koleksi aksesori dari Emporio Armani adalah pilihan sempurna yang boleh menemani anda sepanjang sesi kunjung-mengunjung Raya.


Butiran Terperinci
Seperti perincian halus yang menghiasi busana raya, aksesori dengan butiran unik mampu mempertingkatkan gaya anda, tidak kira sama ada ia ringkas atau mewah.
Koleksi Coach Quilted Tabby membawa tekstur yang diinspirasikan daripada reka bentuk ikonik beg Quilted Tabby, manakala Coach Horse & Carriage Window menampilkan perincian logo klasik yang memberikan sentuhan mewah kepada pemakai. Untuk mereka yang mengutamakan elemen eksklusif, Burberry Metal Plaque Evolution hadir dengan ukiran corak check pada batang kaca mata.

